Laporan Audit Negara
Saya ingin tanya saudara/i budiman:
1. Sudahkah semua Menteri dan Wakil Rakyat telah menghalusi Laporan Audit Negara 2006?
2. Sudahkah Kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menghalusi Laporan Audit Negara 2006?
3. Apakah pendirian dan perasaan ketanggungjawaban oleh Perdana Menteri? Timbalan Perdana Mneteri? Menteri? Timbalan Menteri?
4. Apakah pendirian dan perasaan ketanggungjawaban oleh Menteri Besar? Ketua Menteri? Ahli-ahli EXCO?
Haha: (jawapan A1 dalam jika dalam peperiksaan) Saya tak tau lagi. Kita harus mengkaji kesahihan authentisiti laporan tersebut sebelum kerajaan boleh memikirkan sesuatu. Walau bagaimanapun, rakyat jangan risau, kerajaan sentiasa prihatin tentang perasaan rakyat; maka kita akan mengambil langkah-langkah susulan untuk memperbetulkan keadaan.
Boleh? Puas? Jangan bising lagi lah, mereka sudah berjanji (tidak kata nak buat, memang takat janji saja loh) tidak bertolak-ansur atas korupsi. Kamu nampak sesiapa angkat duit lari? Kalau ada buktikan! Sebenarnya duit itu hilang kerana DUIT ITU SENDIRI BERJALAN LARI LAH!!!
Contoh: Polis minta duit kopi = RASUAH. Orang politik beli undi = POLITIK WANG (bukan menyogok lah, faham tak)!!!
No comments:
Post a Comment