Sunday, September 02, 2007

Aduan Penguatkuasa HEP

Pada 30/08/2007, laporan memuatkan berita ketidakpuasan Persatuan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna terhadap Polis DiRaja Malaysia.



Ini kerana semenjak 7 tahun lalu, sejumlah 200 kejadian mencederakan pegawai penguatkuasa telah dilaporkan kepada Polis; dukacitanya tidak ada sebarang kes dapat diselesaikan.

Ekoran daripada itu, penguatkuasa KHEP telah menyuarakan perkara ini kepada Ketua Polis Negara, lantaran itu Ketua Polis Negara telah berjanji akan menangani perkara ini.

Dengan kecekapan dan kecanggihan yang ada kenapa kerajaan membenarkan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna terus terdedah kepada ancaman keselamatan semasa menjalankan tugas?

Kenapa pula Polis DiRaja gagal menyelesaikan sebarang kes selama 7 tahun lamanya?

Kesmua 200 kes itu merupakan laporan tidak jelas atau tidak ada bukti sahih?

Kesmua 200 laporan itu tidak dipandang berat oleh Polis DiRaja?

Kenapa? Kenapa?

No comments: