Wednesday, September 19, 2007

Sasaran Tanah Korbankan Penternak Babi

Menurut laporan hari ini (22/9), Majlis Mesyuarat Kerajaan Melaka telah memutuskan (termasuk persetujuan wakil MCA/Gerakan) untuk mengurangkan bilangan penternak / babi di negerinya.

Keputusan ini bukan sahaja tidak disampaikan kepada penternak, malahan BN demi untuk memancing undi dalam pilihanraya kecil Machap; MCA telah meujuk para penternak tidak perlu risau, malahan menyuru penternak membuat penerahan plan rancangan ubahsuai sistem kumbahan yang baru.

Oleh kerana mempercayai wakil BN/MCA, penternak telah membelanjakan Ratusan Ribu Ringgit dengan mengupah pakar membuat plan cadangan sepertimana dijanjikan oleh BN/MCA.

Penternak yang telus dan jujur masih tidak sedar muslihat BN/MCA ini. Sehinggalah 20/08/07 apabila Ketua Menteri mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan ketetapan 2004; dan tindakan susulan pada tengah malam 04/09/07 seramai 2,000 anggota dikerah untuk memusnahkan hasil ternakan mereka; WALAUPUN tempoh notis kerajaan adalah 21/09/07.

Oleh kerana kesedaran penternak bahawa mereka sudah tertipu bukan sahaja dari segi keputusan kerajaan, lebih lagi ratusan ribu dihanguskan untuk merancang plan tindak ubahsuai. Dengan itu, penternak dan rakyat Melaka telah insaf mereka adalah mangsa mainan politik perkauman BN.

Dengan itu, sedikit sebanyak latar belakang perkembangan kebangkitan penternak untuk mempertahankan hak dan sumber rezeki mereka yang diwarisi puluhan tahun sebelum ini.

Kemarahan rakyat bertambah selepas dibongkarkan terdapat sebuah syarikat milihan seorang Pemuda MCA Melaka merangkap Ahli Majilis Kerajaan Tempatan telah membuat pemohon pada tahun lalu untuk mengambil-alih semua tanak tapak penternak ini. Kemudian, syarikat ini akan menabah sedikit infrastruktur asas, lalu disewa balik kepada penternak untuk pulang membela babi di situ.

Dengan perkembangan ini, sah bahawa semua tindakan kerajaan Melaka mengheboh-hebohkan isu ini mempunyai Udang Di Sebalik Batu.

Matlamat Utama BN/MCA adalah pemilikan tanah. Ia mirip dengan kejadian Kampung Berembang, Kg Chubadak di Kuala Lumpur dan Rimba Jaya, Shah Alam.

Maka, jelas di sini bahawa masalah pokok bukan masalah Pencemaran dan Salah Guna Tanah (Borang 7B telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah – Tunjuk Sebab Kenapa Tanah Ini Tidak Boleh Dirampas). Pentadbir hanya mengeksploitasikan isu demi kepentingan kumpulan kroni sendiri.

Jika benar masalah pencemaran, kenapa keputusan kerajaan 2004 tidak disampaikan lebih awal agar pencemaran diselesaikan 3 tahun awal juga? Cuba putar-belikan keputusan kerajaan sendiri?

Kenapa MCA dengan penuh kesedaran ketetapan 2004 masih sengaja salah-pandu penduduk belanja ratusan ribu buat plan cadangan? Ini seperti menabur garam dilukan.

Kenapa tempoh matang notis kerajaan adalah 21/09/07, tetapi kerahan 2,000 tenaga telah lakukan tengah malam 04/09/07? Ini seperti janji rumah ganti Kg Berembang belum siap tetapi rumah dipaksa robohkan.

Kenyataan bahawa semua penduduk sekitar membantah kegiatan penternakan, tetapi dalam majlis makan malam sokongan terdapat puluhan rakan bukan Cina, termasuk orang kampung keturunan Melayu hadir tunjukan simpati mereka kepada para penternak.

PAS yang selalu dikecam sebagai orang fanatik agama dan ekstrimis agama turut bersimpati dengan penternak kerana menurutnya masalah pencemaran boleh diselesai secara saintifik. Sebaliknya motif politik individu adalah lebih buruk daripada isu alam sekitar.

Kenyataan Timbalan PM telah mengumukan kerajaan pusat TIDAK menghalang penternak, malah 2 solusi telah digariskan kepada kerajaan BN Negeri:

a. Memberikan pengesah tukar hak gunaan tanah daripada pertanian kepada penternak.

b. Sekiranya (a) tidak dapat dilaksanakan, surat jaminan tidak ambil-alih tanak penternak dikeluarkan untuk membolehkan penternak mendapat pinjaman kewangan untuk memperbaiki isu alam sekitar, jika ada.

Kenapa kerajaan BN Negeri tidak patuhi arah kerajaan BN Pusat?

Kenapa??????? Gambar-gambar berikut membuktikan:

Ucapan simpati oleh Ketua PAS Linggi / bakas calon Linggi En. Julas Apiyah.



Ucapan oleh Naib Ketua Angkatanmuda Melaka merangkap EXCO Angkatanmuda Pusat Cik Ginie Lim.



Salah seorang penternak runsing dan pilu yang dikorbankan kepentingannya oleh BN En. Lim mempunyai 2 ladang di sana.



Ucapan simpati oleh Ketua Penerangan Angkatanmuda Pusat / bekas calon Senawang En Low Teik Hai.



Bekas Exco Angkatanmuda Pusat En Jayatas. Beliau hadir bersama walaupun diserang sakit buah pinggang yang serius.



Ucapan simpati oleh bekas EXCO Angkatanmuda Pusat / Ahli Jawatankuasa PKR Melaka En Yusuf Abdullah.



Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Melaka Parti Keadilan Rakyat En. Lim Sui membincangkan sesuatu dengan Yusuf Abdullah.



Beginilah suasana politik Malaysia semperna meraikan kemerdekaan 50 tahun; malangnya kepentingan rakyat sentiasa tergadai oleh parti politik perkauman. Bandingkanlah wajah penternak dengan wajah tercetak dalam banner, apakah perbezaan anatara publisiti dan hakiki kesusahan orang kampung / penternak?

No comments: