Sunday, July 25, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat Di Sek 18

Pada malam 06/04/2010 Jawatankuasa Pas Kawasan Shah Alam telah menganjurkan satu majlis penerangan politik di Dewan MBSA Seksyen 18. Majlis ini turut dihadiri oleh tuan rumah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Tumpat YB Kamaruddin & Ahli Parlimen Machang YB Saifuddin Nasution.

Tujuan majlis penerangan ini adalah untuk memberi keterangan banyak perkara terkini kepada warga Shah Alam.













Friday, July 23, 2010

Pengusaha Pasir Sokong Kerajaan Selangor

Pada 19/07/210 pagi, sekumpulan pengusaha pasir telah datang ke SUK Selangor menghantar memorandum menyokong usaha kerajaan negeri menangani penstrukturan semula kawalan industri pasir dalam negeri Selangor.





Protest Jajaran LRT Tmn Subang Alam

Pada pagi 17/07/2010, penduduk taman ini telah mengadakan satu sidang akhbar untuk membantah jajaran LRT ke Putra Height yang terlalu hampir dengan rumah kediaman mereka. Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Kerajaan Pusat.

Turut hadir meninjau kawasan termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei yang simpati dengan penduduk sambil merayu kepada Kementerian Pengangkutan kaji semula jajaran cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam, iaitu melalui Sek 27 & Sek 28.





Sunday, July 18, 2010

Wanita Kota Raja Bersama Rakyat

Wanita Kota Raja Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menganjurkan Majlis Mesra Rakyat pada 10/07/2010 di Dewan MBSA Sungai Kandis.

Yang turut hadir meraikan majlis termasuklah YB Zuraida Ahli Parlimen Ampang Jaya, YB Dr. Xavier ADUN Sri Andalas, YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda, Ahli Majlis Perbandaran Klang E. Azmizam & En. PS Rajoo serta Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

























Wednesday, July 14, 2010

Puan Sri Isteri MB Melawat Kemuning Utama

Lawatan J/K Bantahan Perancangan MBSA


Jawatankuasa Bantahan Perancang MBSA sekali lagi turun padang melakukan lawatan tapak untuk meninjau sendiri keadaan sebenar pembanguan tapak. Kemudian, keputusan samada terima atau menolak bantahan perancang itu dibuat.