Friday, March 30, 2007

Siapa Kata Benar Siapa Curang?

Merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatanmuda PKR, Cik Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman (berita penuh: http://www.malaysiakini.com/news/65288) dan karangan saya sebelum ini, mengapakah keadaan begini boleh berlaku sedangkan kita bangga sudah merdeka 50 tahun; maka lebih handal dalam bidang me-REKA (cipta) cerita?

Jika pensyarah saya kencing berdiri,
Mahasiswa/i universiti kencing berlari;
Jika kata-kata pemimpin pusing sana-sini,
Jaga-jaga panjang hidungnya esok nanti!

Berikut adalah petikan kenyataan:

ISA: Dakwaan Shabery tidak benar, kata Angkatan Muda PKR
Mar 30, 07 4:26pm


Angkatan Muda Keadilan(AMK) menegaskan bahawa dakwaan Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Shabery Cheek bahawa tiada desakan agar Kem Kamunting ditutup atau Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, Naib Ketuanya, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman berkata, lebih 100 memorandum dan beratus-ratus desakan telah dihantar kepada Suhakam dan Parlimen oleh badan bukan kerajaan (NGO) dalam dan luar negara, parti politik, ahli keluarga tahanan ISA dan rakyat Malaysia, mendesak agar ISA dihapuskan dan kem Kamunting ditutup.
S/U Parlimen Kementerian Luar Negeri

Saya mendapat sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan YB Kemaman selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Luar. Sila memperbetulkan maklumat ini sekiranya ada perbezaan yang nyata.

Saya tertarik dengan kenyataan YB Kemaman semasa mengucap di sesi soal jawab Dewan Rakyat dua hari yag lalu.

Menurut YB, beliau mempertahankan kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri sambil menangkis perbandingan Kem Tahanan Kamunting dengan Penjara Guantanamo. YB menegaskan Kamunting berbeza kerana:

1. Beliau tidak mendengar ada pihak yang membantah atau mohon memansuhkan ISA.
2. Kejadian seperti di Guantanamo seperti membuang kitab suci ke dalam basin tandas tidak berlaku.

Nampaknya YB telah terkena penyakit berjangkit sepertimana berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor di mana 9 wakil rakyat pilih untuk membisu atas sebab-sebab yang kita tidak ketahui sehingga hari ini.

Dalam konteks ini, Ahli Dewan Rakyat juga mempunyai sindrom yang serupa kerana mereka tidak pernah terdengar ada bantahan rakyat atas ISA. Kalau benar Menteri tidak sedar, maksudnya lebih 200 wakil rakyat Dewan Negeri dan Dewan Negara juga pilih untuk membisu membawa suara hati rakyat untuk makluman Menteri.

Serentak waktu yang sama, saya dimaklumkan bahawa YB Kemaman ketika pulang daripada Kursus Sarjana di luar negara pada tahun 1988; YB pernah berkhidmat sebagai seorang Pensyarah Kertas Sains Politik di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

Syarahan yang disampaikan oleh YB Kemaman (ketika itu sebagai pensyarah belum jadi YB) di Dewan Kuliah A & B untuk mahasiswa, dengan nada sindiran YB sentiasa mengejek kewujudan AUKU (Akta Univerisiti dan Kolej Universiti) serta ISA. Menurut YB, akta-akta umpama ini mengongkong kebebasan mahasiswa bersuara dan menyekat pemikiran mereka.

Kemudian, YB telah menyertai parti Semangat 46 serta mewakili 46 bertanding di kawasan Terengganu, tetapi belum menang. Gelombang politik berubah, pendirian orang politik sentiasa terhakis melalui aliran masa; takdir YB telah diamanahkan jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan pusat.

Entah bagaimana pandangan YB sudah terbalik dengan pendirian sebelum ini. Keadaan ini serupa dengan seorang Menteri Kabinet sekarang dalam tesis Kedoktoran (PhD) mengutuk ISA, sekarang beliau menjelaskan yang itu hanya kajian ilmiah yang tidak praktikal.
Pada pendapat anda, kenapakah dan apakah factor-faktor yang menyebabkan pendirian orang politik selalunya kurang konsisten? Adakah kerana:

1. Oleh kerana aliran dan pembangunan negara membawa negara undur kebelakang memerlukan akta bersifat menekan?

2. Oleh kerana jawatan yang disandang, orang politik terpaksa menyebut apa yang dikehendaki oleh ketuanya walaupun ia bercanggah dengan prinsip sendiri?

3. Oleh kerana orang politik perlu berbuat demikian demi mengukuhkan takhtanya?

4. Oleh kerana parti tidak membenarkan orang bawahan kata benar?

5. Oleh kerana peningkatan usia, orang politik sudah lupa pendirian sebelum ini?

6. Oleh kerana untuk menjaga jawatan disandang?

7. Oleh kerana orang politik tahu mereka kata benar pun tidak guna?

8. Oleh kerana orang politik akan membawa musuh kalau kata benar?

9. Oleh kerana orang politik yakin / pasti rakyat kurang cerdik dan pendek ingat, senang lupa janji awal?

10. Oleh kerana orang politik anggap prinsip manusia tidak penting / bernilai?

11. Oleh kerana orang politik tahu kata benar akan membawa keuntungan kepada pihak lawan?

12. Oleh kerana orang politik memang begini?

13. Kenapa? Bagi tahu sebab sebenar...........

Tuesday, March 27, 2007

Aiyoyo YB! Perasuah Dipertahankan?

Sudah beberapa kali kita membincangkan masalah rasuah dan Akta Pencegahan Rasuah di sini.

Amat dukacita sekali lagi ada Wakil Rakyat yang ingin memuja perasuah dengan menatakan bahawa Orang Yang Keluarkan Maklumat Rasuah Harus Dihukum. Sila rujuk kepada http://www.malaysiakini.com/news/65099 untuk berita penuh.

Saya percaya seorang warganegara yang waras apatah lagi selaku Wakil Rakyat pasti tidak setuju dengan kenyataan ini. Persoalan yang asas WAJIB dijawab oleh Wakil Rakyat itu:

a. Apa tindakan boleh Pegawai BPR lakukan sekiranya kerajaan ingin pertahankan persuahtekad untuk mengambil tindakan? Buang laporan rasuah dalam tong sampah?

b. Sebagai seorang ahli badan perundangan di Dewan Rakyat, apakah ertinya peruntukan Perkara 17 Akta Pencegahan Rasuah menetapkan seseorang pegawai wajib membuat laporan sekiranya dia tahu tentang apa-apa kejadian rasuah?

c. Sebagai seorang wakil rakyat yang waras, sila beritahu sekiranya perasuah dibiarkan bermaharajalela, bagaimana dia boleh tunaikan janjinya dan Manifesto BN untuk pertahankan kepentingan rakyat?

d. Petikan daripada laman web di atas (laman web BPR: http://www.bpr.gov.my , adakah seruan menghukuman pemberi maklumat itu satu kerja DOSA dari segi kepercayaan agama?


e. Bacalah sajak dan janji PM dalam manifesto BN 2004 (klik
gambar untuk pembesaran). Faham maksud sajaknya?
Debat Antara MCA dan DAP

Ekoran daripada pilihanraya kecil di Machap, minggu ini mass media bahasa Mandarin panas dengan cabar-mencabar di antara Pemuda DAP-MCA atas siapakah yang lebih membena dalam pembinaan negara. Untuk pembaca fasil mandarin sila http://www.merdekareview.com/news.php?n=3728 untuk berita daripada Merdekareview.

Saya menganggap ini adalah satu sendiwara politik oleh MCA dan DAP kerana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai hero. Ini adalah berasaskan kepada fakta:

a. MCA hanya mampu mewakili sebahagian orang Cina kerana perlembagaannya menghadkan keahlian untuk keturunan Cina sahaja.

b. Adakah hujah MCA nanti boleh dianggap sebagai pandangan BN dan UMNO? Kalau tidak ini hanya membuang masa sahaja sebab ia tidak diikhtiraf oleh BN sendiri.

c. Kenapakah kita hanya diheboh-hebohkan dengan masalah atau perkara Cina sahaja, sedangkan negara kita adalah milikan semua warganegara termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak……
d. DAP juga tidak membayangkan perwakilan yang seimbang untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Oleh itu, saya menganggapkan ia sebagai satu permainan budak-budak politik sahaja. Sementara itu, sekiranya MCA benar-benar serius tentang masa depan negara, adalah wajib bagi mereka menyakinkan BN untuk berdebat secara terbukan dan siaran langsung di TV di antara BN dan BA.

Kenapa BN tidak boleh berbuat demikian sedangkan MCA sudah sudi buang masa bdebat dengan DAP, tidak ada sebab BN tidak berani terima cabaran BA untuk berbuat demikian.

Dengan ini, BN boleh menghantar President UMNO, MCA, MIC; manakala BA boleh menghantar President Keadilan, Pas dan DAP (kalau DAP setuju, kalau DAP tidak biar PKR & Pas juga memadai). Biar President kerajaan lawan Presiden pembangkang kerana kedua-pihak juga yakin mereka lebih kuat, oleh itu adalah satu peluang keemasan untuk BN menunjukkan bleangnya serta memalukan Presiden pembangkang jikalau mereka yakin. Kenapa tidak menggunakan peluang ini?

Anda setuju tak?
Pilihanraya PKR dan Monyet

Pada petang 25-03-2007, Sdr Badrul Amin telah dijemput mewakili Perhubungan Negeri Selangor merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian Shah Alam di Seksyen 13, Shah Alam.

Di antara ucapan motivasinya, apa yang menarik saya adalah cerita tentang “Monyet Mencuri Buah”. Intisari ceritanya adalah seperti berikut:

Pada 8 tahun lalu, ramai orang kampong telah bertungkus-lumus, bergotong-royong untuk menanam bernih buah. Selepas 8 tahun jagaan, kini pokok itu sudah mulai berbunga dan akan menghasilkan buah pertamanya tidak lama lagi.

Apabila melihat keadaan ini, orang kampong mendapati pokok buah tersebut dihampiri oleh banyak monyet-monyet untuk mencuri buah yang hamper akan masak. Lantaran itu, ada orang yang mulai risau, ada yang cuba membantah dan ada juga cadangkan monyet-monyet itu harus disekat agar buah atas pokok itu tidak habis dicuri.

Ini adalah satu cerita pendek yang membayangkan keadaan yang akan muncul pada pilihanraya PKR ada hujung bulan Mei ini. Anda yang lebih mengetahui siapa itu orang kampong? Siapa itu yang cuba mengait buah secara percuma?

Saya rasakan adalah penting untuk President dan para perwakilan untuk membuat satu penilaian yang tepat pada hari pengundi agar tidak diselubungi dengan kata-kata manis orang yang pandai selamba atau jenis pura-puraan.

Friday, March 23, 2007

Pagar Makan Padi Lagi!

Tidak cukup kehebohan dan ketakutan orang yang diamanahkan untuk penguatkuasaan undang-undang Akta Pencegahan Rasuah 1997. Isu orang yang terlibat terus menjadi sasaran kerana disyaki terlibat dengan URUS-NIAGA membantu membantutkan kerja siasatan satu lagi buaya besar.

Semenjak Pengerusi Gerak, Encik Ezam Mohd Nor mendedahkan kertas siasatan yang melibatkan Ketua Pengarah BRP sendiri belum selesai, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, Parti Keadilan Rakyat Dato Jeffrey Kitingan telah membuat laporan polis bersama dokumen 25 muka, di mana urus-niaga cubaan tutup kes itu di lakukan sebuah hotel 6 bintang di ibu negara. Berita penuh sila rujuk kepada: http://www.malaysiakini.com/news/64940 untuk berita sepenuhnya. Berikut adalah petikan beritanya:


The embattled Anti-Corruption Agency chief, Zulkipli Mat Noor was allegedly bribed to stop investigation into complaints of abuse of power and corruption against Sabah Chief Minister Musa Aman. Senior Sabah opposition leader Dr Jeffrey Kitingan made the allegations in a lengthy 24-page police report lodged earlier this week in Kota Kinabalu. Jeffrey, who is state PKR deputy chairperson, had lodged the police report at the Karamunsing police station in Kota Kinabalu containing 25 allegations against Musa, involving abuse of power, corruption and money-laundering.

Seperti biasa orang politik akan kata itu khabar angina dan tuduhan tidak berasas. Lumrahnya, tidak ada tindakan lanjut akan diambil tanpa kenanan ketua kerajaan sebab melibatkan pemimpin parti pemerintah.

Saya rasa sekiranya ada pemimpin negara yang masih menggunakan alasan budak-budakan tersebut di atas, ia merupakan satu perkara yang tidak bijak sama sekali. Sekiranya laporan polis itu tidak benar:

1. Nescaya orang yang disebut namanya akan marah sebab difitnah; maka tindakan undang-undang sivil patut diambil segera demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Saya juga amat benci sesiapa yang membuat fitnah kerana FITNAH ITU LEBIH MERBAHAYA DARIPADA MEMBUNUH.

2. Sekiranya kenyataan Dato Jeffrey Kitinggan adalah satu fitnah, kami menyokong tidakan polis mendakwa beliau kerana sengaja membuat laporan palsu di bawag Panel Code yang sedia ada.

Kedua-dua saluran inilah adalah cara terbaik untuk membena suasana politik yang berkata benar sambil orang korup dikenakan hukuman di dunia ini serta akhirat nanti.

Juga mengambil kesempatan ini kita membandingkan beberapa statistik ICAC Hong Kong dalam proses tugasannya seperti berikut (klik atas gambar untuk pembesaran):

Kesimpulan yang jelas kelihatan dari perangkaan:

Laporan Tahunan ICAC 2005

Untuk maklumat tambahan, ICAC memang bagaikan Harimau Bertaring 4 (bukan 2) kerana:
1. Ketegasan mereka.
2. Keberanian dan kebebesan mereka.
3. ketelusan mereka.
4. Keikhlasan mereka (tidak pagar makan padi).
5. Keberkesanan mereka (tidak tutup case kerana itu orang besar).
6. Kewibawaan mereka.

Oleh itu, ICAC memang digeruni oleh semua koruptor tanpa mengira sektor swasta mahupun agensi kerajaan. Dengan ini, barulah boleh kata: "hanya orang yang tidak korup boleh tidur lena" sebab hanya yang korup pasti akan diheret kemuka pengadilan.

Apa pendapat anda? Sila rujukan kepada: http://www.icac.org.hk untuk mengetahui ICAC lebih lanjut serta muat turun laporannya.

Thursday, March 22, 2007

DAP Kalah Di P/raya Kecil DUN Machap

‘Tangga 13/04/2007 akan mencatatkan satu lagi titik kemenangan calon MCA di DUN Machap Melaka mengalahkan calon DAP dengan majoriti besar melebihi 2000 undi’ – ini jangkaan saya.

Berdasarkan perangkaan 2004 dengan andaian:
1. Kadar mengundi adalah sama pada 72%.
2. Purata kadar mengundi semua keturunan adalah sama nisbah.
3. Calon Keadilan dapat bantuan kempen daripada DAP & Pas dengan maufakat. Itu pun kemenangan tipis sahaja.

Rumusan: DAP telah kalah dengan jumlah majoriti yang besar di Machap walaupun bilangan majoriti mungkin akan menurun berbanding dengan 2004. Dalam erti kata lain, calon MCA akan menang sekurang-kurangnya dengan majoriti 3,000 undi ke atas.

Kegagalan pembangkang bermaufakat adalah kejayaan utama BN memecah-belahkan tenaga pembangkang. Ini bermakna ada pihak daripada pembangkang telah dan sudi masuk perangka BN sungguhpun mereka sedar, tenaga persendirian mana-mana satu parti tidak mampu melawan gergasi BN yang kaya dengan wang, kuasa, helah dan eksploitasi agensi kerajaan.

Kesimpulannya, perebutan kerusi dalam parti pembangkang tanpa mengira posibiliti menang akan membawa situasi di mana “menang jadi arang, kalaj jadi abu“; akhirnya semua kalah.

Merujuk kepada kenyataan Penasihat Pilihanraya kepada Setiausaha Agung DAP, Encik Tian Chua telah dikutuk tidak menghormati persaan DAP, apabila Tian menyuarakan kemungkinan Keadilan mempetimbangkan perletakan calonnya.

Saya telah ingin membela Tian Chua, tetapi jika kita pandang balik kenyataan Setiausaha Agong DAP sendiri telah mengumumkan keputusan meletakkan calon di Machap tanpa rundingan dengan rakan seperjuangan mereka iaitu Keadilan.

Sekiranya suara Tian pada awal itu tidak wajar, adakah pengumuman DAP itu sendiri wajar? Ini satu tindakan hormat-menghormat?

Oleh kerana itu, beberapa persoalan berikut wajib dijawap oleh semua pemimpin pembangkang:

1. Adalah perletakan calon di sesebuah kawasan itu hanya pertimbangkan ego parti masing-masing? Kebarangkalian menang itu tidak diperdulikan langsung?

2. Kenapakah pemimpin pembangkang tidak masak untuk menunjukkan kematangan mereka dalam proses memerangi gergasi BN?

3. Adakah sesebuah parti politik itu puas dengan hanya menang 10~20 kurusi Parlimen sedangkan ia tidak sampai 10% dari jumlah kerusi di Dewan Rakyat?

4. Adakah keegoan itu sanggup membunuh rakan pembangkang yang lain?

5. Kenapakah semua pemimpin pembangkang tidak sanggup mengukur baju di badan sendiri, iaitu sejuahmanakah keupayaan mereka untuk menebusi kubu-kubu BN?

6. Kenapa pemimpin pembangkang tidak boleh buktikan keralaan individual kerana kalau sudah pasti kalah kenapa hendak tegas dan degil? Tidak berikan kerjasama berikan sokongan kepada orang yang lebih berpeluang menang?

7. Kenapa, kenapa, kenapa, kenapa, kenapa????????

Wednesday, March 21, 2007

Kenapa 9 ADUN Membisu di Dewan????

sambungan pendedahan YB Ng, Sekinchan..........

23. Mereka membisu kerana mereka takut memalukan pihak tertentu jika gagal membela hak rakyat seperti tragedy Kanpung Berembang dan Remba Jaya.

24. Mereka membisu kerana takut digantung keahlian BN seperti apa yang menimpa Timbalan Menteri Alam Sekitar sebelum ini.

25. Mereka membisu kerana persoalan mereka tidak diperkenan oleh pihak atasan.

26. Mereka membisu kerana mereka tidak nampak dan mendengar sebarang rintihan rakyat.

27. Mereka membisu kerana mereka lebih yakin kepada membuat kenyataan akhbar daripada perbahasan dalam Dewan sebab lebih ramai orang membaca.

28. Mereka membisu kerana mungkin pada hari persidangan badannya kurang sihat.

29. Mereka membisu kerana kekurangan pembantu menyiapkan persoalan rakyat.

30. Mereka membisu kerana mereka rasakan Dewan bukan medan sesuai untuk memperjuangkan hak rakyat.

31. Mereka membisu kerana pertunjukan dalam Dewan tidak akan dilhat oleh rakyat kalau banding dengan kempen di luar.

32. Mereka membisu kerana kurang yakin soalan mereka akan dapat jawapan yang memuaskan.

33. Mereka membisu kerana yakin pengundi tidak akan tahu tingkah-laku mereka.

34. Mereka membisu kerana takut silap cakap menyebabkan ada orang ‘tak siok’.

35. Mereka membisu kerana mereka pegang kepada prinsip cakap benar, tetapi hakikatnya tidak benarkan mereka berbuat demikian.

36. Mereka membisu kerana takut banyak cakap banyak silap.

37. Mereke membisu kerana sibuk dengan urusan lain, tidak ada masa memikirkan masalah rakyat.

38. Mereka membisu kerana kurang faham laporan kerajaan negeri, nanti silap Tanya soalan budak-budak.

39. Mereke membisu kerana pegang kepada fahaman ‘silent is golden’.

40. Mereke membisu kerana bimbang ‘tepuk air kena muka sendiri’.

Apa pula pendapat anda? Ada sesiapa yang boleh minta mereka berikan masalah sebenarnya?
Nak tahu siapakah mereka, sila hubungi YB Ng, Sekinchan atau akan kami muatkan dalam bolg kemudian sementara menunggu pengakuan atau penjelasan daripada mereka yang makan cili rasa pedas.

Tuesday, March 20, 2007

PKR Perlu Barisan Pemimpin Ikhlas

Sepertimana dalam tulis saya dua hari yang lalu, sekali lagi kami ingin menarik perhatian pemimpin tertinggi parti dan bakal President bahawa:

Kami sedari bahawa erti POLITIK = who get what, when & how?

Maka dalam kontek pertandingan pilihanraya parti juga, kita akan menampakkan satu persaingan politik untuk merebut jawatan-jawatan dalam parti. Ini kerana melalui jawatan tersebut akan dapat menentukan atau mempengaruhi keputusan parti dalam pilihanraya umum yang dijangkakan tidak lama lagi.

Keputusan ini amatlah penting, lebih-lebih lagi kita berhasrat untuk menawan beberapa kerajaan negeri di semenanjung dan Malaysia Timur.

Adalah munasabah kalau dikatakan dalam proses pemilihan kali ini, para perwakilan dan Penasihat parti perlu mempunyai daya-kuasa tajam untuk membezakan beberapa jenis calon seperti berikut:

1. Jenis Pertama: adalah jenis yang ikhlas, bekerja keras, tidak pernah memikirkan kepentingan diri dan publisiti murah untuk diri. Mereka berkorban masa & wang ringgit semata-mata untuk parti.

2. Jenis Ke-dua: sama seperti jenis pertama tetapi berhasrat merebut jawatan dalam parti.

3. Jenis Ke-tiga: mereka hanya tunjuk muka apabila kehadiran Presiden @ Penasihat parti. Tanpa mereka, tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang kegiatan parti, terutamanya apabila program itu mungkin ada sedikit risiko.

4. Jenis Ke-empat: mereka tidak bercita-cita tinggi, tetapi sentiasa bantu kegiatan parti tanpa sebarang jawatan pun.

Sekiranya pada bulan Mei ini kita tidak melakukan pemilihan yang berhati-hati, pasti rakyat dan masyarakat umum akan memandang serong ke atas kemampuan untuk memerintah kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah........

Sejak kebelakangan ini, sebagai penyokong biasa kami menampakan dan bimbang kewujudan jenis ke-3 semakin ramai. Ini adalah satu pertanda kurang sihat untuk membena kekuatan parti.

a. Adakah anda mampu membezakan pemimpin anda dalam kategori yang berlain sebelum membuat keputusan anda?

b. Bagaimanakah kita boleh membantu memperbetulkan kecenderungan tidak-seimbang ini?

c. Adakah Presiden dan Penasihat bebas dari pengaruh mana-mana pihak untuk membuat analisa yang adil dan saksama?
Kenapa 9 ADUN Membisu di DUN Selangor

Saya teramat hairan apabila membaca pendedahan ADUN Sekinchan YB Ng ketika membahas dalam Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Menurut YB Ng, di antara 9 Yng Berhormat itu, 5 orang adalah daripada UMNO, 3 orang daripada MCA dan 1 orang daripada MIC. Di sini, saya pasti ramai orang ingin tahu siapakah 9 Ahli Dewan Undangan Negeri itu? Mereka mewakili rakyat kawasan mana?

Saya tertanya-tanya kenapa mereka membisu? Mungkin ada Yang Berhormat akan membela diri bahawa sungguh pun mereka tidak kemukakan sebarang persoalan daripada masyarakat / rakyat; namun mereka tidak pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat. Tanpa mengira apakah hujah mereka 9 Yang Berhormat ini, sewajarnya rakyat berhak menyoal dan menganalisa sebab-sebab utama mereka cuba membisu dalam Dewan.

Berikut adalah beberapa andaian sebab-sebab mereka sementara kita menunggu penjelasan Yang Berhormat yang terlibat itu:

1. Mereka membisu kerana kerajaan Selangor telah SEMPURNA, tidak sedikit pun persoalan yang harus ditimbulkan lagi?

2. Mereka membisu kerana mereka tidak tahu apa yang yang sepatutnya dibawa ke Dewan?

3. Mereka membisu kerana tidak terima sebarang permintaan daripada rakyat kawasan mereka wakili?

4. Mereka membisu mungkin ada Yang Berhormat yang kurang fasil Bahasa Malaysia, lantaran itu tidak yakin untuk membawa persoalan ke Dewan?

5. Mereka membisu kerajaan kerjaan negeri tidak menggalakkan persoalan dalam Dewan; lalu mereka patuhi kehendak ini?

6. Mereka membisu kerana parti mereka tidak menggalakkan persoalan dalam Dewan?

7. Mereka membisu kerana mereka tidak tahu mereka berhak membawa suara rakyat kepada kerajaan negeri?

8. Mereka membisu kerana mereka tidak faham akan Peraturan Mesyuarat Dewan agar tidak silap tanya lalu dilarang menghadiri mesyuarat seperti YB Teng?

9. Mereka membisu semua masalah rakyat telah diselesaikan di luar Dewan?

10. Mereka membisu kerana tidak tahu masalah sedang rakyat hadapi?

11. Mereka membisu kerana mereka tidak fasil berucap di hadapan khalayak orang ramai?

12. Mereka membisu kerana ‘Wakil Whip’ parti tidak minta mereka menyoal?

13. Mereka membisu kerana takut dibenci oleh kerajaan negeri?

14. Mereka membisu kerana sudah lali dengan rayuan lama tidak akan membuatkan hasil?

15. Mereka membisu kerana mereka tahu dalam Dewan tidak ada orang yang sudi mendengar dan mengambil berat permasalahan mereka?

16. Mereka membisu kerana ingin memberikan satu gambaran yang baik terhadap kerajaan negeri?

17. Mereka membisu kerana mereka yakin akan terus menang dalam pilihanraya walaupun mereka membisu?

18. Mereka membisu kerana mereka tahu masa persidangan yang amat singkat di mana pada kebiasaannya Dewan hanya bersidang 1 hari bagi setiap penggal?

19. Mereka membisu kerana inginkan Dewan cepat habis bersidang?

20. Mereka membisu kerana takut gilirannya, beliau tidak ada dalam Dewan (ada hasrat nak ponteng)?

21. Mereka membisu kerana kerajaan menggunakan duit rakyat, tidak perlu peduli apa pun kerajaan negeri lakukan?

22. Mereka membisu kerana mereka tahu ‘Kata Benar Itu Pahit’, cuba elakkan permusuhan?

23. Mereka membisu kerana ……………….. saya pun tak tau.

Ini semua hanyalah angan-angan, bukan untuk fitnah; sebaliknya kami mengharapkan ada orang yang boleh memberikan kita satu jawapan yang sebenarnya.

Monday, March 19, 2007

Pilihanraya Kecil DUN Machap Melaka

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga YB Fu semoga keluarganya boleh menerima takdir Tuhan dengan tabah dan bersemangat.

Pada hemat saya, sedangkan kita berhadapan dengan seekor gergasi, kami merasakan matlamat utama kita adalah mengalahkan gergasi BN agar semangat gabungan pembangkang dapat ditingkatkan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12 dijangkakan tidak lama lagi.

Tanpa mengira mana satu parti mewakili gabungan pembangkang, baik Keadilan mahu pun DAP atau PAS, kami percaya maufakat yang paling mustahak adalah mencari seorang calon yang berpotensi paling besar boleh menang. Perebutan antara parti pembangkang hanya menguntungkan BN semata-mata sambil menjadi ejekan mereka.

Umpamanya, jikalau parti A berkeras untuk menghantar calonnya padahal peluang adalah paling tipi situ tidak bermakna. Ini kerana kalau menang pun tidak akan menyandang jawatan itu lama kerana pilihanray 12 akan tiba bila-bila masa serta kedudukan kerajaan negeri BN tetap tidak tergugat juga.

Selepas membaca berita terbaru kemungkinan Keadilan akan mencadangkan Cik Ginie Lim sebagai calon; melalui carian terdapat beberapa keeping gambar beliau dalam aktiviti yang terlibat:

















Pemimpin Hanya Sibuk Pemilihan Parti?

Semalam telah sekali lagi kita menyaksikan tekad Jawatankuasa Protes mengadakan setu lagi program perhimpunan aman membantah kenaikan harga TOL tetapi tidak disokong oleh pemimpin parti kerana yang hadir 'pi mai pi mai yang tu juga'.

Daripada pengamatan kami, adalah satu perkara yang amat mendukacita penyokong reformis kerana:

1. Pemimpin Parti Keadilan Rakyat hanya sibuk dalam gerakan merayu undi dalam pemilihan parti pada akhir bulan Mei ini. Setiap kali ada program rakyat, orang yang sedang menyandang jawatan tinggi mahupun mereka yang sudah berangan-angan jawatan tinggi pun tidak pernah atau pun janggal sama sekali menunjukkan muka sebagai sokongan.

2. Golongan ini hanya muncul apabila kehadiran Penasihat Parti agar memberikan satu gambaran mereka lah orang yang kuat berkorban, bersungguh-sungguh, bertungkus-lumus, berhempas-pulas dan sebagainya.
3. Malangnya, pada program yang biasa mereka tidak pernah tunjuk muka, lebih-lebih lagi jikalau ada sedikit risiko kena tahan seperti program Protes ini.

4. Saya akui, faham dan terima hujah bahawa setiap orang itu memainkan peranan yang berbeza-beza; ada yang duduk dihadapan, ada yang sokong dari belakang, ada yang menjadi tukang sorak, manakala ada yang menjadi juruhebah……

5. Sungguh pun sedemikian, biarlah kita semua BERTEPUK DADA, TANYA SENDIRI, sejauhmanakah anda sebagai seorang pemimpin tertinggi parti telah menyumbang untuk memperkukuhan pengaruh parti dalam masyarakat.

6. Memang benar pemimpin yang telah banyak berkorban seperti Tian Chua, setiap program pasti ada bayangnya; begitu juga hamper setiap kali namanya timbul dalam senarai penahanan. Saya tidak bermakna semua pemimpin parti perlu ditangkap, tetapi saya lebih menekankan penglibatan pemimpin tertinggi dalam program rakyat amat dukacita sekali.

7. Kita perlu faham, perjuangan politik tidak akan berhasil hanya pandai berhujah dalam mesyuarat sahaja. Jikalau kita menunjung demokrasi, sepertimana disebut oleh perjuang Taiwan En Shi Ming Terk bahawa pilihanraya adalah jalan terbaik untuk mengadakan perubahan.

8. Atas kesedaran ini, pilihanraya perlukan sokongan rakyat yang majoriti. Menyedari hakikat bahawa parti pemerintah telah menutup segala saluran penyebaran maklumat dan komunikasi dengan rakyat, sudah pasti kita tidak akan menang pilihanraya kalau pemimpin pun lembab bertindak.

9. Atas kesedaran inilah, kami menyeru para perwakilan PKR hanya mengundi calon-calon yang sudah ikhlas berjuang, berkorban dan akan terus dengan natijah ini sahaja. Janganlah kita terperdaya dengan kata-kata manis calon-calon yang hanya aktif apabila pilihanraya parti atau pun pilihanraya umum kerana mahukan menjadi calon. Golongan ini adalah ‘OPPORTUNIST’.

10. Kepada pemimpin yang sudah dan sedang berjuang, berkorban, patut kita berikan pengikhtirafan yang sewajarnya.

11. Juga perlu kami jelaskan di sini bahawa mujurlah parti masih ada pemimpin yang ikhlas serta tidak mengambil kesempatan dalam pilihanraya parti ini.

Sekian, terima kasih dan sila berikan komen anda kerana gejala ini wajib kita bendung dari sekarang juga.

Friday, March 16, 2007

Detik Penemuan Shi Ming Terk dan PKR

Di sini terdapat beberapa keeping gambar eksklusive yang menunjukkan kemesraan perjumpaan kedua-dua tokoh pembaharuan yang terkenal di dunia ini pada beberapa hari yang lalu.

Rebutan Orang Politik Pura-puraan

Umumnya di seluruh dunia, tidak kecuali juga Malaysia terdapat banyak orang politik berpura-puraan mengeksploitasikan pangkat untuk merais wang rakyat demi kekayaan individual.

Lumrahnya, pangkat tinggi dalam pentadbiran melalui gubalan peraturan-peraturan yang akan menyediakan peluang mencari kesempatan itu. Begitu juga keluhan seorang pegawai kerajaan kepada saya yang sedih dengan keadaan ini menyatakan: ‘orang jujur ingin berniaga tidak dapat lisen, orang dusta menjalankan perniagaan haram tidak dikenakan tindakan’. Biasanya golongan ini akan pagar makan padi dan berpura-pura pekak ke atas isu penderitaan rakyat miskin.

Kalaulah begini system pentadbiran kita, kalau tidak jatuh daya saingan negara kita adalah satu magic yang terunggul di bumi ini. Setuju tak?
Persamaan Gerak-geri Perjuang Taiwan dan Malaysia

Dalam satu majlis perjumpaan tidak rasmi antara perjuang terkemuka di dunia dari Taiwan (Shi Ming Terk), dan perjuang paling banyak kali ditangkap oleh polis Malaysia serta kebelakangan ini difitnah cuba membunuh di Kampung Berembang (Tian Chua). Sih bawa pembaharuan di Taiwan, nanti Tian pun bawa perubahan di Malaysia demi keadilan sejagat.

Kebetulan terdapat gambar yang menunjukkan kedua-dua mereka mempunyai gerak-geri yang hampir serupa. Setuju tak?


Thursday, March 15, 2007

Detik Shi Ming Terk Temu Ibu Francis

Encik Shi Ming Terk merupakan seorang pejuang Taiwan yang terkenal di seluruh dunia. Beliau pernah dipenjarakan selama 25 tahun sebagai tahanan politik. Tahun lalu, beliau merupakan Ketua Pengarah Perhimpunan 1 Juta Orang mengepong kediaman rasmi Presiden Taiwan selama seminggu.

Puan pula merupakan seorang ibu kepada mendiang Encik Francis yang meinggal dunia dalam tahan polis beberapa tahun lalu. Mayatnya telah ditahan beberapa tahun dan punca kematian menjdi misteri sehingga hari.

Berikut adalah beberapa detik penemuan Encik Shi Ming Terk dan Ibu Francis. Pada mulanya, Shi disambil dengan meriah dan ramah oleh ramai orang di sebuah majlis penemuan Petaling Jaya.

Ramai tetamu juga mengambil kesempatan ini bergambar dengan beliau selepas penemuan rasmi. Ibu Francis dan Pei Nie juga turut dalam barisan bergambar. Shi dinampakan dengan senyuman manis sambil bersalaman.

Gambar berikutnya, wajah Shi telah bertukar sedih (mukanya mulai kedut) yang ketara selepas mendengan penderitaan yang ditanggungnya oleh Tian Chua bersebelahan.

Gambar ke-tiga, Shi menoleh kepada memandang ibu Francis sambil menepuk tangannya dan memberikan kata-kata semangat agar jangan putus asal. Sepertimana dalam kenyataan Shi dalam wawancara majlis tersebut, pencapaian demokrasi Taiwan pada hari adalah hasil pertukaran air mata dan darah Taiwan pada 20 tahun lalu bertubi-tubi memperjuangkan.

Gambar terakhir, perasaan Shi jelas kelihatan sedih dengan menpuk dahi kepala sendiri. Mungkin dalam hatinya berkata: alamak apa pasai manusia mau buat kejam macam ini? Perasaan simpati Sih begitu nyata sekali walaupun beliau tidak berkenalan dengan ibu Francis, tidak sewarganegara, tidak seagama, tidak seketurunan, tidak berbahasa ibunda yang serupa.

Apa pula perasaan saudara/i pula?

Untuk melihat lebih jelas, sila klik gambar berkenaan untuk membesaran.