Saturday, August 09, 2008

Sedutan Pemimpin BN Sertai Pakatan Rakyat

Pada 03/08/08 bandar DiRaja Selangor, Klang telah mencipta satu sejarah baru dimana seorang pemimpin Barisan Nasional telah berjaya meminpin 1,700 orang menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Seorang tokoh politik tempatan yang pernah menyandang jawatan (bekas) Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Anatarabansgsa dan Industry merangkap bekas Ahli Parlimen Klang telah melakukan satu kejutan politik ke atas Barisan Nasional.

Ribuan ahli baru dan penyokong Parti Keadilan Rakyat telah menbanjiri dewan sebuah kelab di Klang. Apa yang lebih menakjubkan adalah sungguhpun beliau berlatar belakangkan parti MCA; akan tetapi kumpulan yang mengikuti beliau menyertai PKR termasklah ratusan orang Melayu dan India.

Keunikan in jarang berlaku di tempat-tempat lain; nescaya penyertaan mereka pasti akan dapat memperkukuhkan lagi PKR untuk menghadapi pelbagai cabaran yang lebih sengih pada bila-bila masa.