Wednesday, October 31, 2007

Nasib Orang Miskin Ditindas Lagi!

Sudah 1 tahun berlalu, masih ada puluhan keluarga penghuni Kg Berembang menumpang ahli-ahli keluarga di bawah bangsar plastik di sebelah kampung pusaka mereka yang sudah menetap puluhan tahun.

Dengan merenung nasib penduduk Kg Berembang, hampir kesemuanya orang Melayu amat menyedihkan; terutamanya melihat bayi, budak kecil sekolah berteduh di bangsar yang lebih buruk daripada setinggan pendatang haram Indonesia.





Semalam juga merupakan hari bersejarah bagi Kg Rimba Jaya yang juga terletak di dalam negeri maju Selangor yang ditadbir bawah Sistem Islam Hadhari.

Memang benar kegagalan penduduk kampung mempertahankan rumah bangsar mereka melalui saluran pembicaraan mahkamah. Namun, dada lapang pemimpin besar negara kononnya perjuang nasib rakyat tidak wajar mengambil sikap dendam ke atas golongan miskin ini.

Kepada mereka yang berada serta berkuasa menghuni dalam Mahligai seperti di Klang, cubalah fikirkan golongan yang miskin dan daif. Selain daripada mendoakan bantuan kepada Tuhan untuk menguatkan semangat teruskan hidup, golongan ini tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dibanggakan seperti anda!



Sungguhpun mahkamah tidak memihak kepada penduduk kampung, adakah boleh manusia mengambil kesempatan untuk bertindak sesuka hati tanpa sedikitpun perasaan simpati seorang manusia biasa?

Selain daripada bangsar-bangsar buruk, rumah papan yang memang "bocor sana-sini" itu tidak bernilai berapa, apa yang orang kampung minta hanyalah satu tapak teduhan hujan dan angin untuk merehat semata-mata. Tempat ibadat seperti Surau dan Kuil Hindu juga tidak terlepas daripada nasib malang ini.


Saya belum berpeluang menjadi Menteri, Menteri Besar ataupun EXCO Kerajaan Negeri, barangkali saya juga tidak faham akan kesusahan mentadbir negara/negeri. Namun sedemikian, adakah ini boleh dijadikan kunci kebenaran untuk bertindak secara kekerasan; terutamanya penempatan semula tempat suci bersmebayang untuk apa jua agama pun?

Kepada mereka yang berganas, tidakkah anda takuat dan hormat lagi dengan Tuhan lagi? Adakah penghormatan ke atas agama itu hanya 'jadi sebutan' sahaja tanpa praktik?

Memang benar, ia terpulang kepada individual untuk mentafsir penghormatan kepada Tuhan sepertimana yang termaktub dalam RUKUNEGARA yang berbunyi KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Cuba nanti di satu lagi dunia lain biar Tuhan yang menghakimi semua tingkah-laku manusia, kecuali beliau tidak mempunyai kepercayaan apa-apa agama.

Tidakkah masih ada ruang runding untuk selesaikan masalah orang miskin sambil menjaga kepentingan syarikat pembangunan? Kenapakah saluran rundingan atau "musyawarah" tidak guna pakai? Kerana penduduk kampung keras kepala? Kerena syarikat pemaju angkuh dengan kegagalan penduduk dalam prosiding mahkamah? Kerana kerajaan enggan ambil tahu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Keberanian Seorang Gadis 21 Tahun

Sesudah hampir tiga bulan Gerakan Demokrasi dan Anit-Korupsi (GERAK) ketengahkan kejadian penyelewengan dalam Majlis Sukan Negara, telah banyak kali pengadu Cik Yap YY menjelajah daripada Sekinchan ke Ibu Pejabat BPR Putrajaya, menyerahkan semua bukti dan keterangan penuh; tetapi masih belum ada rumusan tindakan susulan daripada BPR.

Cik Yap yang hanya berusia 21 tahun telah bertekad untuk tampil ke depan membongkarkan perancangan rapi pengurusan Majlis Sukan Negara menyelewengkan Dana Awam yang sepatutnya untuk membangunan sukan negara.

Selepas beliau didedahkan kepada media, Cik Yap telah mendapat banyak temuduga khas daripada media perdana. Ia termasuklah The Sun, Guang Min dan Nanyang Siang Pau. Gambar-gambar berikut adalah petikan temuduga khas daripada Nanyang di mana memuatkan satu mukasurat penuh dalam eidsi national.

Keberaniannya samping mendapat galakan daripada Pengerusi GERAK, En Ezam Mohd Nor, beritanya juga memperolehi sokongan dan perhatian daripada pertubuhan lain seperti Transparensi International, majlis Peguam (BAR) dan sebagainya.

Sewajarnya warganegara seperti Cik Yap patut diberikan pujian dan penghargaan daripada kerajaan Malaysia dan BPR sendiri, kerana keberanian dan kesudian menanggung risiko untuk terus ke depan walaupun ada halangan-halangan tertentu.

Sekiranya kejadian ini berlaku di Hong Kong umpamanya, dia sudah lama mendapat penghargaan dan perlindungan daripada ICAC.





Dukacitanya di Malaysia, sumbangan beliau tidak diperhiraukan oleh Pembesar-pembesar Negara, Menteri yang beliau mohon untuk bertemu juga enggan memberikan peluang, pihak berkuasa penyiasat kurang bersikap ramah kepada pengadu yang sepatutnya diberikan penghormatan.

Walaupun sedemikian, tidak ketinggalan juga perlu diberitahu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan YB Ng memang sentiasa dan pernah memberikan galakan dan mengibadatkan Cik Yap sebagai "Teledan Warganegara" yang patut dicontohi. Apakah pengikhtirafan daripada pihak kerajaan?



Beginilah Malaysia... Malaysia Boleh.....

Monday, October 29, 2007

Sejauhmanakah Keikhlasan Kerajaan?

Dalam insident rakaman video menjual-beli sistem kehakiman, hari ini telah sah membuktikan ketidak-mampuan Panel 3 Orang gagal berfungsi.

Panel ini boleh dinilai melalui:

a. Ketiadaan saksi tampil ke depan kerana tidak yakin dengan keupayaan dan keneutralan ahli-ahli panel.

b. Akibat daripada (a) di atas Panle ini hanya bergantung kepada laporan BPR. Sepertimana dibahaskan oleh Wakil Kota Bharu di Dewan Rakyat semalam, penbuhan Panel ini telah mengakibatkan pertindihan antara fungsi BPR dan Panel. Kenapakah BPR perlu melapor kepada Panel ini?

Ini satu perkara serius kerana BPR berfungsi di atas Akta Pencegahan Rasuah, manakala Panel ini hanya lantikan ad-hoc yang tidak mempunyai status perundangan. Panel ini berfungsi atas undang-undang mana?



Lantaran itu, kerajaan memaksa BPR melaporkan kepada Panel ini sekali lagi membuktikan:

a. BPR memang tidak berkecuali selama ini. Maka, mereka terikat dengan arahan Kabinet untuk TUNDUK kepada Panel ini.

b. Kerajaan dan BPR sendiri telah mencabuli Akta Pencegahan Rasuah sendiri. Sepertimana yang termaktub dalam Perkara 52 (merasiahkan identiti menyampai maklumat), hari ini laporannya diserahkan kepada Panel, maka ia sudah melanggari peruntuk Akta tersebut.



Sepertimana telah saya katakan tadi Panel ini tidak ada "lotus-standi" untuk memaksa BPR melanggari etika BPR. Malahan kuasa Mahkamah juga tidak boleh bertindak melampaui Perkara 52 sebagai komitmen membanteras korupsi di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Dalam pada itu, semalam Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa polis boleh memberikan perlindungan terhadap perakam video.

Dukacita sekali lagi, pihak pembongkar video ini gagal sekali lagi menerangkan kepada masyarakat akan perbezaan makna perlindungan lisan Perdana Menteri berbanding dengan Suruhanjaya DiRaja. Jika pihak pembongkar hanya kadar mengeluarkan satu-dua kenyataan, lalu mengharapkan selesai tugasnya adalah satu kesilapan besar.

Perlu diingatkan, tanpa kesedaran masyarakat dan rakyat, semua regim dan mahazalim dalam dunia ini tidak akan beranjak atau tolah anasur. Perkara yang sama, bekas Perdana Menteri menganjurkan forum antarabangsa mendedahkan kekejian, kekejaman dan kedustaan penguasa Irag menyeksa rakyat Irag awal tahun ini di Kuala Lumpur (rujuk karangan berlainan), tetapi serentak dengan itu PM sendiri juga menangkap ratusan tahan ISA yang diseksa teruk.



Termasuk juga lawatan Perdana Menteri ke BPR minggu ini, laporan dipetik PM menyeru BPR "Keep It Up".



Pada kefahaman saya atas ayat ini mungkin boleh ditafsirkan dari 2 sudut berlainan:

a. "Keep It Up" boleh ditafsirkan sebagai berusaha lebih gigih untuk memperbaiki keadaan (terutamanya menjelang pilihanraya umum sudah dekat) agar BPR menjadi Harimau Yang Berbelang.

b. "Keep It Up' boleh ditafsirkan teruskan keadaan sekarang di mana ikut arahan Bidang Eksekutif bila-bila masa (telah ceritakan di atas BPR disuruh tunduk kepada Panel yang tidak berasaskan perundangan). Jangan pandai-pandai melakukan sesuatu tanpa keizinan daripada eksekutif; atau terus bertindak sebagai "Nelayan Yang Handal Menangkap Ikan Bilis" sahaja.

Apa pula tafsiran anda?
Kos Jambatan Ke-2 P. Pinang Naik

Telah dilaporkan kos pembinaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang akan meningkat RM1,000 juta = RM1 billion.

Mungkin sekali lgai atas nama pembangunan, satu perjanjian yang memudaratkan rakyat sudah dimenteraikan oleh kerajaan BN.

Dalam tempoh yang dekat, sudah berlaku kenaikan kos sebanyak 33.33% iaitu daripada RM3 billion kepada 4 billion.

Adakah kos RM4 billion akan terus meningkat lagi selepas ini?

Berapa tahun tempoh konsesi ini akan dikurniakan kepada syarikat konsesi?

Adakah peruntukan pembayaran ganti-rugi ditetapkan sepertimana Jambatan Lencong di JB; akibat daripada ketidak-sempurnaan perancangan kerajaan BN, rakyat telah menanggung kerusian RM290 juta sebagai pampasan ganti-rugi pembatalan. Kenapa projek itu dimulakan tergesa-gesa? Kemudian baru kata tidak sesuai?

Kesmua persoalan ini akan terus menjadi misteri kerana lumrahnya pihak berkuasa akan mengkategorikannya sebagai rahsiah rasmi. Rakyat tidak berhak tahu kononnya.

Beginilah Kualiti Wakil Rakyat UMNO

Menurut rekod pencatatan Dewan Rakyat pada 22/10/07 mukasurat 41 (lihat petikan di bawah) telah mengesahkan tahap menteliti Ahli Dewan Rakyat kita amat tinggi.

Menurut laporan tersebut, ada seorang Ahli Parlimen telah menggunakan perkataan "PUKI MAK" untuk mengutuk pihak yang tidak bersependapat dengannya.



Pisang sudah banyak kali berbuah (bukan 2 kali sahaja), namun rekod sejarah Malaysia terus memberangsangkan. Beberapa bulan yang lalu telah berlaku tuduhan wanita Ahli Dewan Rakyat setiap bulan pun bocor ketika mempertahankan kepincangan projek kerajaan yang memang banyak kecacatan.

Tahun lalu, rakyat juga telah menyaksikan bagaimana Ahli Dewan Rakyat minta penguatkuasa tutup sebelah mata terhadap syarikat yang melanggari perundangan negara.

Tidak kurang sensasi juga, orang yang menggunakan perkataan lucah itu menuduh wakil Jelutong yang menggunakan kerusi roda akibat daripada kemalangan sebagai hukuman Tuhan ke atas mereka yang menduduki kerusi roda.

Petang tadi, ahli tersebut telah mengemukakan mohon maaf tanpa bersyarat dalam Dewan Rakyat sendiri.

Yang menjadi persoalan kepada rakyat adalah:

Adakah mereka ini benar-benar insaf dan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang?

Apakah pendirian kerajaankhasnya Menteri menjaga Perundangan dan Parlimen? Adakah kerajaan sokong tingkah-laku mereka atau tidak? Adakah ini corak budaya Islam Hadhari Barisan Nasional?

Adakah ini membuktikan kegagalan partinya membendung tindakan liar seumpama ini melalui pendidikan agama masing-masing?

Oleh kerana itu, dalam sebuah karangan yang diterbitkan dalam Sin Chew Jit Poh (di bawah) telah mencadangkan golongan liat ini patut diasingkan ke bulan.

Apa pendapat anda untuk menguruskan golongan ini?

Sunday, October 28, 2007

Hany Peti Undi Transparen?

BERSIH telah mendesak Setiausaha SPR yang menuduh ada Penolong Pendaftar SRP telah memkelam-kabutkan senarai pengundi SRP.

Menurut Bersih, adalah satu kesalahan jenayah jika terbukti mana-mana Penolong Pendaftar SRP membuat demikian dalam peruntuk Akta Pilihanraya.

Ekoran daripada itu, sekarang adalah tanggungjawab SRP untuk bertindakan membuat laporan polis menyiasat mana-mana Penolong Pendaftar yang dikena-pasti melakukan kerja keji ini.



Wakil DUN Sekinchan telah mengemukakan memorandum bertulis membantah pemindahan pengundi beramai-ramai tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Keadaan yang sama juga berlaku di Ipoh, jika SRP tidak berani bertindak maka ia mungkin kerana:

a. Dengan menuduh Penolong Pendaftar boleh mengalirkan kegagalan mereka dan muslihat SRP untuk membantu pihak pemerintah.

b. Membuktikan kecurangan ketua SRP kerana sanggup menggadai maruah ratusan atau ribuan Penolong Pendaftar yang memang ikhlas bertugas dengan tuduhan liar ini. Ini adalah satu ketidak-adilan kepada semua Penolong Pendaftar.

Kesimpulannya, jika SRP gagal menyelesaikan masalah senarai pengundi yang tidak bersih, maka akan berlakulah hanya "PETI UNDI YANG TRANSPAREN, YANG LAIN TIDAK". Tidak ketinggalan juga, semua parti politik dan NGO perlu berganding-bahu dan bertungkus-lumus lebih giat lagi untuk mendesak meperbetulkan kepincangan ini segera.



Sebaliknya, jika KESELURUHAN barisan kepimpinan politik, khasnya pembangkang sendiri juga lembab bertindak, bersikap tunggu durian jatuh atau kadar melepaskan batuk di tangga sahaja; ini juga merupakan SATU SIKAP KETIDAK TANGGUNGJAWABAN kepada penyokong-penyokongnya yang sudah banyak berkorban, ditangkap, dipukul, dibelasah, ditelanjangkan, diseksa, dimaki-hamun, diugut dan ganggu sepanjang masa mereka memberikan sokongan kepada perjuang.

Sedarlah serta-merta pemimpin opportunist ini yang hanya mengharapkan kerja orang lain, sendiri menunggu masa untuk mengambil peluang padahal mereka sepatutnya memimpin masyarakat umum untuk terus bergerak ke depan.
ISA dan Tahan Orang Irag

Bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi sebuah yayasan telah menganjurkan forum antarabangsa mengutarakan Jenayah Peperangan, khasnya penyeksaan orang tahanan di Iraq. Mangsa-mangsa seksaan juga turut menceritakan pengalaman dan penderitaan ketika diseksa berbagai-bagai bentuk, termasuk kejutan elektrik ketika badan dibaluti dengan kain hitam.

Berikut adalah gambar-gambar sedutan forum berkenaan:




Mengaliran perhatian kita ke dalam negara sendiri, orang yang sama sendiri pernah menangkap beratus-ratus orang politik. Mereka juga diseksa, dipukul, ditelanjangkan, diugut, diganggu dan sebagainya. Tanpa mengira jantina, usia, keturunan, agama dan negeri asal; mereka ditahan kerana tidak seharuan dengan pandangan politiknya. Jika bukan kerana politik, tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh didakwa di mahkamah melalui pembicaraa terbuka.

Yang terbukti termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri turut dibelasah oleh penyandang Ketua Polis Negara waktu itu. Ia sudah disahkan oleh Suruhanjaya DiRaja.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi telah sekali lagi membuktikan ketidak-sahan, kemaluan dan kekejian pihak berkuasa menyelahgunaan akta menahan En. Malik. Selain daripada itu, beliau juga turut dipukul oleh Ketua Polis Negara (orang yang sama memukul bekas Timbalan Perdana Menteri). Akhirnya, mahkamah telah menganugerahkan bayaran pamapasan sejumlah RM2.5 juta (rakyat tanggung ragu lagi kerana orang besar buat silap).




Selain daripada itu, tindakan kerajaan zaman itu memang memdapat perhatian seluruh dunia, atas kesedaran penderitaan orang tahanan politik dan seksaan yang dikenakan adalah satu ujian besar atas prinsip dan ketabahan orang tahanan.

Atas kesedaran ini, maka biasanya orang tahanan selalu mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada masyarakat seluruh dunia. Berikut adalah sebahagian kad yang diterima oleh orang tahanan politik zaman tersebut.

Nota: anda boleh klik mana-mana gambar untuk pembesaran membaca isi kandungannya.





Thursday, October 25, 2007

Suara Tangisan Rakyat.....

Berikut adalah petisen yang diusahakan oleh seorang peguam yang amat prihatin tentang nasib anak-cucu kita jika sistem keadilan kehakiman sudah boleh diperdagangkan.....

Kenapakah ramai daripada kononnya perjuang hak rakyat mendiamkan diri?

Kenapakah ramai wira-wira bangsa sudah membisukan diri daripada bersuara?

Kenapakah ramai daripada jaguh-jaguh bangsa telah membutakan diri?

Kenapakah ramai pendekar-pendekar negara sudah memekakkan diri daripada terdengar suara tangisan rakyat?

Kenapakah hilang pula Ketua Pasukan Pengibar Keris Perjuangan? Bukankah mereka janji sebagai perjuang dan pencinta negara? Kenapa tidak bersuara masa kehakiman dibonekakan?

Kenapakah hilang pula Ketua Pasukan Pengibar Perlembagaan? Bukankah mereka janji pertahankan Perlembagaan? Semangat Perlembagaan mana yang mereka maksudkan?

Kenapakah hilang pula Ketua Pasukan Pengibar Rukunegara? Mereka benar fahamkah semangat Rukunegara, khasnya ayat ke-tiga "Keluhuran Perlembagaan" atau hanya satu pertunujukkan?

Kenapakah hilang pula belang Ketua Pasukan Reformasi meminpin satu gelombang kesedaran krisis kehakiman kepada rakyat? Bukankah reformis selalu meminpin rakyat menempur sebarang ketidak-adilan? Bilakah mereka mahu mulakan kempen kesedaran rakyat? Jawatankuasa Pusat dan Negeri masih belum ada rancangan pelan tindakan? Bila boleh turun padang @ takut dengan risiko?

Maklumat penuh boleh diperolehi daripada sambungan berikut:

1. http://harismibrahim.wordpress.com/2007/09/30/the-petition-to-his-majesty-the-yang-dipertuan-agung/

2. http://harismibrahim.wordpress.com/2007/09/25/return-the-judiciary-to-the-rakyat-a-petition-to-his-majesty-the-yang-dipertuan-agung/

Anda juga boleh emgnhantar sokongan kepadanya di: savethejudiciary@gmail.com untuk perhatian Tetuan Harris Ibrahim.



Kandungan petisyen adalah:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
Menghadap ke majlis Seri Paduka Baginda,

Alwathiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah, yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan penuh daulat dan kebesarannya serta didoakan senantiasa baginda berada dalam perlindungan Allah yang Mahakuasa dengan dianugerahkan bertambah-tambah lagi kemuliaan serta darjat jua adanya: Amiin Ya Rabbuljaliil.

Ampun Tuanku,
Patik merafak sembah memohon limpah perkenan Tuanku semoga mempersudikan menerima dan menimbangkan warkah rayuan yakni petition yang tak sepertinya ini yang dipersembahkan bagi pihak rakyat Tuanku yang peka terhadap kejadian dan keadaan masyarakat yang kian meruncing dan membimbangkan. Patik sekalian mengharapkan perkenan pertimbangan Tuanku yang penuh ihsan dan bijaksana jua demi memelihara dan mengekalkan kesejahteraan , kebajikan dan kebahagiaan rakyat yang taat setia kepada Tuanku.

Ampun Tuanku,

Berikut adalah tajuk dan rayuan yang amat tulus bagi perkenan tatapan Tuanku:
RAYUAN RAKYAT SERI PADUKA BAGINDA TUANKU UNTUK MENGAMBIL LANGKAH MEMULIHKAN SISTEM KEHAKIMAN

Pada 19/9/2007 negara dikejutkan oleh satu lagi skandal, kali ini berupa satu klip video yang mendedahkan apa yang nampaknya seperti satu perbualan telefon di antara peguam kanan VK Lingam dan seorang lagi, yang dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim kanan yang ‘mesra’.

Penelitian terhadap monolog tersebut jelas menunjukkan bahawa perbualan telefon tersebut ternyata adalah di antara VK Lingam dan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan perbualan itu berkaitan perlantikan dan kenaikan pangkat para hakim. Beberapa hakim yang lain turut dinamakan dalam perbualan tersebut.

Sejurus selepas klip video tersebut didedahkan, Tun Ahmad Fairuz mengatakan bahawa dia hanya akan membuat kenyataan setelah melihat klip tersebut, tetapi respon yang diterima selepas itu berbentuk kenyataan ‘no comment’ dan itu pun setelah satu jangkawaktu yang lama melalui pihak ketiga yang sebenarnya tidak menafikan perbualan tersebut. Ini menimbulkan satu perasaan di kalangan rakyat bahawa Tun Ahmad Fairuz tidak menjawab persoalan ini dengan tulus ikhlas.

Skandal ini kini menimbulkan kesangsian yang mendalam terhadap kesesuaian Tun Ahmad Fairuz untuk mengetuai badan kehakiman, dan kesesuaian pelantikan serta kenaikan pangkat beberapa Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan and Mahkamah Persekutuan yang telah dibuat berdasarkan cadangan dan syor asal daripada
Tun Ahmad Fairuz.


Patik serta rakyat negara ini, kini langsung tidak mempunyai sebarang keyakinan terhadap badan kehakiman.

Patik sekalian berserta ramai jua rakyat negara ini telah lama sedar bahawa sepanjang Tun Ahmad Fairuz memegang jawatannya, beberapa orang Hakim yang berpangkat lebih rendah telah dinaikkan pangkat sementara beberapa orang Hakim yang lebih kanan sering diketepikan dalam proses kenaikan pangkat.

Patik serta rakyat negara ini juga mendapat tahu, melalui berita blog tidak rasmi, bahawa Duli-duli Yang Maha Mulia dalam Persidangan Majlis Raja-raja telah pun menolak dua pencalonan yang dibuat oleh Tun Fairuz bagi jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Malaya walaupun jawatan-jawatan tersebut telah lama kosong. Khabar angin mengatakan bahawa nama-nama yang dicalonkan Tun Fairuz itu berpangkat rendah berbanding dengan Hakim-hakim lain yang telah lama berkhidmat.

Patik serta rakyat negara ini, juga mendapat tahu melalui laporan akhbar bahawa terdapat sekurang-kurangnya seorang Hakim, yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, yang telah gagal menyediakan keputusan mahkamah secara bertulis bagi sekurang-kurangnya 35 kes. Ini mengakibatkan banyak kes-kes rayuan yang difailkan oleh tahanan dan banduan yang telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan tidak dapat diadili atau diulangbicara seterusnya.

Skandal terbaru ini juga menimbulkan keprihatinan yang serius terhadap penukaran yang telah dibuat secara mendadak terhadap Hakim yang mendengar perbicaraan satu kes bunuh yang masih berjalan di Shah Alam.

Patik serta sebahagian rakyat negara ini, juga amat bimbang terhadap keputusan Mahkamah berkenaan beberapa kes berprofil tinggi dan samada keputusan-keputusan ini telah ‘diatur’ oleh Tun Ahmad Fairuz, dan jika benar ianya telah berlaku, apakah implikasinya terhadap Hakim-hakim lain di Mahkamah-mahkamah Tinggi khasnya.

Tindak-balas Perdana Menteri, beberapa ahli Kabinet yang lain serta Peguam Negara terhadap isu klip video ini langsung tidak memberikan patik sekalian sebagai rakyat Malaysia, keyakinan bahawa skandal ini akan disiasat dengan adil dan telus sehinggakan mungkin kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Patik sekalian jua tidak percaya bahawa Perdana Menteri dan Kabinetnya benar-benar berpegang kepada usaha untuk menyiasat skandal ini, dan andainya dibuktikan sahih, samada mereka akan mengambil segala langkah yang patut dan perlu untuk mengembalikan badan kehakiman kepada statusnya sebagai institusi perlembagaan yang didirikan untuk mempertahankan secara bebas Perlembagaan, hak rakyat dan juga menegakkan sistem undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri kita telah mengumumkan pada 26/9/2007 bahawa satu Panel yang terdiri dari 3 orang akan menyiasat skandal ini, yang mana ketua Panel tersebut terlibat dalam pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988. Ini hanya mengukuhkan pendapat patik sekalian bahawa Kerajaan Malaysia ingin memastikan bahawa hal sebenar berkenaan skandal ini langsung tidak akan diketahui.

Patik-patik sebagai rakyat Malaysia, amat bimbang sekiranya penyiasatan skandal ini dibiarkan disiasat oleh pentadbiran Perdana Menteri, pihak Polis atau pun Badan Pencegah Rasuah, maka rakyat kelak akan hanya menyaksikan satu lagi penutupan kes di mana rakyat tidak akan ada jalan untuk menuntut keadilan dan akan sentiasa curiga samaada badan kehakiman akan melindungi rakyat atau pun kepentingan beberapa pihak tertentu sahaja.

Skandal terbaharu ini menimbulkan kebimbangan samaada penyelewengan yang selama ini begitu berleluasa pada peringkat pentadbiran negara ini kini telah menyusur masuk ke dalam bidang kehakiman.



Atas sebab-sebab yang diperihalkan di paragraph-paragraf sebelum ini, patik bagi pihak sejumlah dari rakyat Malaysia, menyembahkan rayuan ini ke majlis Seri Paduka Baginda Tuanku agar Tuanku berkenan apalah kiranya menggunakan segala kuasa yang terletak hak pada Tuanku untuk:

1. Menitahkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Penyiasat di bawah Akta Suruhanjaya Penyiasat (Commission of Enquiry Act) 1950, untuk menyiasat, mempertimbangkan dan/atau menentukan samaada perbualan di dalam klip video tersebut benar-benar berlaku di antara VK Lingam dan Tun Ahmad Fairuz dan kesahihan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh VK Lingam di dalam klip video tersebut. Sekiranya terbukti benar berlaku, Suruhanjaya tersebut diberikan mandat tambahan untuk menyiasat, mempertimbangkan dan/atau menentukan:

1.1. penglibatan setiap individu yang dinamakan di dalam klip video tersebut berkenaan perlantikan dan kenaikan pangkat para Hakim;

1.2 kes-kes yang melibatkan VK Lingam yang telah dibicarakan di hadapan Tun Ahmad Fairuz dan/atau mana- mana Hakim lain yang dinamakan di dalam klip video tersebut;

1.3 segala tindakan yang dilaksanakan oleh Tun Ahmad Fairuz sepanjang jawatannya sebagai Ketua Hakim Malaya, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara, khususnya

1.3.1 dasar perlantikan dan/atau kenaikan pangkat para Hakim oleh Tun Ahmad Fairuz terutamanya hakim-hakim yang dinamakan di dalam klip tersebut;

1.3.2 cara bagaimana ahli-ahli panel Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah dipilih oleh Tun Ahmad Fairuz sepanjang jawatannya sebagai Presiden Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara; dan

1.3.3 cara bagaimana fail-fail diagihkan kepada panel-panel Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan oleh Tun Ahmad Fairuz sepanjang jawatannya sebagai Presiden Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara.

2. Menitahkan agar Suruhanjaya Penyiasat, setelah menentukan samaada perbualan di dalam klip video tersebut benar-benar berlaku di antara VK Lingam dan Tun Ahmad Fairuz dan menentukan kesahihan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh VK Lingam di dalam klip video tersebut terbukti benar, untuk:

2.1 mengarahkan Perdana Menteri mengambil segala langkah-langkah yang patut dan perlu untuk melantik satu Tribunal di bawah Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan untuk memecat Tun Ahmad Fairuz dan/atau mana-mana Hakim yang didapati Suruhanjaya sebagai terlibat, samaada secara langsung atau tidak langsung, di dalam salah laku Tun Ahmad Fairuz; dan

2.2 mengarahkan Perdana Menteri mengambil segala langkah-langkah yang patut dan perlu untuk menggantung Tun Ahmad Fairuz dan/atau mana-mana Hakim yang didapati Suruhanjaya sebagai terlibat, samaada secara langsung atau tidak langsung, di dalam salah laku Tun Ahmad Fairuz, sementara menunggu rujukan kepada dan/atau laporan Tribunal tersebut.

3. Menitahkan penubuhan segera satu Suruhanjaya bebas bagi perlantikan dan kenaikan pangkat Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan and Mahkamah Persekutuan.

Akhirul-kalam, patik sekali lagi merafak sembah memohon berbanyak kemaafan sekiranya rayuan atawa petition yang tak sepertinya ini menyentuh kalbu Tuanku secara yang tidak menyenangkan, lantaran berlakunya ucapan atawa tulisan bahasa yang terkasar atawa sebarang adab-sopan yang tercacat. Namun yakinilah Tuanku bahawa yang demikian itu bukan disengajakan dan maksud patik hanyalah untuk merayu kepada Tuanku untuk mencampuri urusan yang diperihalkan dalam warkatul-ikhlas ini memandangkan kesemua pintu telah tertutup dan segala laluan untuk menyelesaikan masalah telah terputus.

Sekian tamatnya sembah patik.

Ampun Tuanku dan Daulat Tuanku!

Patik Yang Taat Setia,

[Nota: 3 keping gambar di atas hanya untuk hiasan yang diambil semasa Majlis Peguam mengarak ke Pejabat Perdana Menteri menghantar memorandum mendesak menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penyiasat; ia bukan sebahagian daripada petisyen yang disampai oleh Tetuan Harris Ibrahim]

Wednesday, October 24, 2007

No Body Come Forward!!!

“Tidak ada orang tampil ke depan untuk berikan bukit, maka kita tidak boleh teruskan siasatan kecuali bergantung kepada rumusan BPR sahaja”, kata seorang ahli penal.

“Jika 10 minim pertama adalah video sek, dan 10 minit kemudian adalah video membunuh. Jika polis dapat bahagian ke-dua video itu, bolehkah polis menyatakan kerana ereka tidak dapat video penuh (termasuk bahagian sek), maka siasatan pembunuhan tidak boleh dilakukan”, tanya Anwar Ibrahim.


Persoalan:

Jika panel penyiasat hanya bergantung kepada penemuan BPR sahaja, maka apakah peranan ahli-ahli panel menerima perlantikan?

Kenapakah ahli-ahli panel tidak teupk dada tanya selera sendiri kenapakah orang ramai enggan tampil ke depan kerjasama dengan mereka? Sebab ketiadaan kuasa? Sebab kredibiliti ahli-ahli panel? Sebab mengesyaki keikhlasan kerajaan? Sebab…….

Kenapakah panel tidak menjelaskan apakah jelas dan bentuk perlindungan yang akan diberikan kepada pemberi maklumat sebagai pembinaan keyakinan saksi?


Adakah kesahihan video itu hanya boleh dibuktikan dengan terjumpanya perakamnya? Ini bermakna, jika ada seorang tampil katakana itu rakamannya, maka panel akan terima sepenuhnya? Jika tidak, kenapa panel tidak mengarahkan pakar membuat analisa serta-merta, walaupun belum jumpa perakamnya? Apakah tujuan utama untuk memaksa perakam tonjol diri jika ia bukan kata pemutus kesahian video itu?

Jika beginilah keadaan berakhir, adakah ini membuktikan panel ini telah hilang dipercayai oleh rakyat dan seterusnya menjejaskan kredibiliti ahli-ahli panel juga?

Pada waktu yang sama, apakah peranan parti pendedah video? Apakah telah mereka lakukan untuk mendesak siasatan menyeluruh? Jika dibandingkan dengan NGO lain dan BAR, adalah parti pendedah cukup giat beganding-bahu dengan pertubuhan lain dalam isu ini? Kenapakah parti politik GAGAL menggembleng segenap lapisan kepimpinannya turun padang memberikan penjelasan kepada rakyat tentang isu ini? Adakah ini menunjukkan sikap kepimpinan parti politik lebih bergantung kepada kerja-kerja pertubuhan lain untuk ‘tumpang ambil kredit’ sahaja?



Sila luahkan pandangan anda walaupun ia tidak semestinya tepat sekali.
Rakyat Rugi RM3 Juta Lagi!!!!

Kata Hakim Mahkamah Tinggi: ini satu penangkapan yang ‘unlawful, shameful & disgraceful’. Ia boleh diterjemahkan sebagai ‘Ketidak-sahan, Kemaluan dan Kekejian’.



Sekali lagi, oleh kerana tindakan keganasan pegawai berkuasa tinggi yang bersifat “Ketidak-sahan, Kemaluan & Kekejian” maka hari ini mereka terus bebas daripada bertanggungjawab, sebaliknya RAKYAT PULA TANGGUNG RUGI HAMPIR RM3 JUTA untuk membayar pampasan.




Setiap rakyat terpaksa menyumbang RM0.10 untuk perbuatan 3K ini.

Jika terbukti dalam Mahkamah Tinggi ada pihak yang melanggari undang-undang, kenapa pula tidak ada tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan rakyat rugi hamper 3 juta.



Sepertimana pendakwa kes ini yang ditelanjangkan, diseksa, dikutuk, dipukul, didera, dimaki-hamun, diperli, diejek dan sebagainya dari segi fizikal badan dan psikologi, di manakah keadilan untuk pesalah-pesalah kes ini? Ada yang naik pangkat tinggi, ada yang pencen dengan lumayan daripada wang cukai rakyat.

Adakah ini bermakna tindakan pesalah ini memang mendapat persetujuan kerajaan untuk mendera warganegara sendiri? Jika tidak, apakah tindakan susulan kerajaan kepada orang yang melanggar etika perkhidmatan?

Mungkin oleh keraja inilah, ASEAN tidak berani bersuara dalam isu Myanmar sebab nanti TEPUK AIR KENA MUKA SENDIRI?