Saturday, October 06, 2007

Universiti Penyema Pengundi Hantu

Pemilihan Perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya telah sah membuktikan kewujudan pengundi hantu. Menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya pelajar mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda sahaja layak membuang undi.

Di Kolej 12 UM, wakil calon telah Berjaya menahan beberapa orang pengundi hantu (berapa ramai lagi yang terlepas hanya perancang / Ketua Undi Hantu yang tahu) memaksa pihak pengurusan universiti membatalkan kertas undid an dijalankan pengundian semula.

Atas dasar ini, terpapar di depan mata kita universiti sudah menjadi tapak semaian Pengundi Hantu sebelum mereka menjejak kaki keluar daripada menara gading. Ini tidak patut berlaku kerana universiti merupakan tapak pemcarian ilmu dan bebas daripada sebarang pencemaranan penyelewengan.

Laporan akhbar ini bahawa pengakuan universiti terpaksa membatalkan kertas undi dan pengundian semula dijalankan.


Laporan ini menjelaskan pejabat Hal Ehwal Pelajar UM telah menahan 14 orang calon untuk membuat penjelasan kenapa calon menggunakan Youtube sebagai publisiti. Oh, pelajar tidak boleh guna kemudahan IT untuk merayu undi????

Tragedi perampas computer pelajar oleh Pegawai Keselamatan telah memberikan taparan besar atas imejnya. Peralatan computer yang dirampas oleh pihak universiti memaksa pelajar membuat laporan polis kerana harta persendirian dirampas oleh pihak berkuasa tanpa alasan yang munasabah. Juga jelas kelihatan pelajar universiti giat mempertahankan hak-hak asasi manusia dengan menahan kenderaan mereka ketika membuat rampasan secara tidak tamadun.




No comments: