Wednesday, October 17, 2007

Malaysia- Angkasawan @ Penumpang?

Kerajaan BN Malaysia kata kita telah berjaya menghantar ANGKASAWAN ke angkasa lepas.


Namun, merujuk kepada kenyataan NASA, Amerika Syarikat dan Russia pula mengumumkan wakil Malaysia sebagai PENUMPANG KAPAL ANGKASA.

Saya seperti ramai rakyat biasa kurang pasti wakil kita adalah penumpang atau angkasawan??

Jika wakil Malaysia adalah angkasawan, lalu Rusia dan Amerika klasifikasikan sebagai penumpang, maka ia adalah satu penghinaan terhadap Malaysia. Apatah lagi Rusia sebagai pembekal jet perang kepada Malaysia sewajarnya mereka menghormati kedudukan warga Malasysia.


Contohnya: takrifan penumpang kapal terbang dan juruterbang adalah 2 jawatan yang amat jauh berbeza. Juruterbang mempunyai kepakaran yang tertentu, manakala penumpang hanya orang membayar untuk menikmati perkhidmatan sahaja.

Lantaran itu, setelah ribuan juta ringgit telah dibelanjakan, angkasawan atau penumpang masih menjadi tanda tanya.

Demi maruah bangsa dan negara, kerajaan Malaysia wajib memaksa Amerika dan Rusia memperbetulkan pengumuman mereka seperti yang tertera di atas.

Sebaliknya, jika hakikatnya kita hanya sebagai penumpang, adalah menjadi satu doa etika salahpandukan 26 juta rakyat Malaysia bahawa warga kita adalah angkasawan.


Siapa benar dan siapa silap. Tunggu kerajaan Malaysia yang menjelaskan kepada kita semua.

Nota: anda boleh klik atas gambar untuk pembesaran memudahkan pembacaan.

No comments: