Masalah Rakaman Video
Sekumpulan 3 orang yang beribaratkan pesakit lumpuh kerana mereka akui tidak berkuasa untuk:
a. Menyaman kehadiran saksi-saksi penting memberi keterangan.
b. Melindungi saksi-saksi / pemberi maklumat yang sedang dalam ketakutan.
c. Mendakwa pihak-pihak yang bersalah (samada orang dalam video tape jika ia benar atau pencipta video tape itu hanya ciptaan mala-fide).
Lumrahnya, mana ada pesalah yang menyerah diri jika tidak terdesak? Jika orang yang merancangkan konspirasi itu sudah insaf, maka dia patutnya sudah serah diri lebih awal lagi.
Seandainya kerajaan ikhlas untuk mempertahankan dan memelihara kewibawaan Kehakiman, kenapa Suruhanajaya DiRaja tidak boleh ditubuhkan agar ke-tiga-tiga kelemahan yang tersebut di atas boleh di atas?
Pengakuan “kelumpuhan” kumpulan ini hanya mengharapkan simpati orang ramai memberi maklumat. Jika dengan Badan Pencegah Rasuah Perkara 53 yang hanya melindungi identity saksi tidak diyakini, bagaimana kumpulan ini boleh yakinkan orang ramai?
Kumpulan ini akan mengenal-pasti kesahihan video ini dalam tempoh 30 hari.
Hanya mendoa agar orang ramai tampil ke depan tanpa sebarang perlindungan identiti dan imuniti dalam proses perundangan. 30 hari nanti kita akan boleh saksikan keberkesanan mereka.
Laporan ini memetik kenyataan Menteri Undang-undang mewakili Ketua Hakim Negara tidak perlu membuat penjelasan dan Menteri itu layak menjadi jurucakap bagi pihak Ketua Hakim Negara.
Menteri Undang-undang lantang membantah tindakan Majlis Peguam Malaysia sambil menyeru peguam menyertai parti politik pembangkang. Adakah dia sudah tahu video tape itu tidak benar maka tergesa-gesa membuat kesimpulan?
Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang mendakwa diri adalah mangsa konspirasi kehakiman, maka dia akan menuntut ganti rugi sejumlah RM39 juta. Ingat akibat kesilapan pentadbir, rakyat mungkin kena tanggung rugi RM39 juta darip hasil cukai kita!!!
No comments:
Post a Comment