Sunday, December 25, 2011


NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara".  Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan: 

1)    Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2)    Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3)    Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4)    Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5)    Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6)    Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7)    Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.  Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal.  Ini  dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah  antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:


a.    Pendidikan percuma.

b.    Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan.

c.     Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

d.    Menurunkan harga petrol dan gas.

e.    Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin.

f.     Melaksanakan akta gaji minima.

g.    Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

 21 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Saturday, December 24, 2011

Jamuan Cabang Kota Raja, PKR

Pada 11/12/2011, Ketua Cabang Kota Raja merangkap ADUN Sri Andalas YB Dr. Xavier Jayakumar berjaya menganjurkan jamuan makan malam sambil mengumpul dana pilihanraya di Dewan Sukan, Sri Andalas, Klang.

Sejumlah 100 maje telah dijual dan dipenuhi oleh penyokong-penyokong mendengar penceramah termasuk YB Azmin ali, YB Tian Chua, YB Dr. Xavier Jayakumar, YB Shuhaimi Shafiei, Tuan Rafizi dan sebagainya menerangkan isu-isu politik semasa.

















Tuesday, December 13, 2011

Walk for Freedom - Kill the Bill

Majlis Peguam Malaysia telah sekali lagi memimpin rakyat untuk suarakan tentangan atas Rang Undang-undang Himpunan yang disifatkan sebagai menekan kebebesan berhimpun pada 29/11/2011 di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

























Budaya "1 Malaysia" Yang Sebenar

Inikah budaya "1 Malaysia" atau budaya "Perkasa"? Saya tiada jawapan.

Namun tidak kira budaya siapa pun, MCA, Gerakan, MIC, PPP, SUPP dan semua parti selain UMNO perlu menjawab samada mereka sokong budaya begini?

Jika jawapannya "ia", bererti inikah "Budaya 1 Malaysia"?

Jika jawapannya "tidak", apa pendirian mereka untuk terus bersekongkol dengan mereka?








Monday, December 05, 2011

Sunday, December 04, 2011

Perbahasan Di Kongres Parti Keadilan Rakyat II

Perbahasan Di Kongres PKR

Selamat Berkongres Di Pulai Spring, Johor Bharu

Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menganjurkan Kongres Nasional Tahunan pada 27-28/11/2011 di Pulai Spring, Johor Bharu.