Wednesday, July 29, 2009

Kenangi Sdr. Teoh Beng Hock

Pada pukul 3.30 petang 19/07/09, Pakatan Rakyat Selangor telah menganjurkan majlis peringatan kematian mendiang Teoh Beng Hock selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia di Plaza Masalam Shah Alam.

Kumpulan Pasukan Keadilan turut membuka kaunter mengumpul tandatangan mendesak kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Penyiasat DiRaja.

YB William Leong Ahli Parlimen Selayang merangkap Bendahari Pusat PKR sedang memberikan ucapan penuh semangat.

En. Tan Ah Kow Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut hadir.

YB Elizeberth Wong Exco Kerajaan Negeri SElangor hadir dengan perasaan sedih.
En. Lee Kai Loon Ahli Majlis Perbandaran Selayang selaku bekas Setiausaha Politik YB Elizeberth Wong nyaris lelehkan air matanya apabila mengenang pemergian rakannya mendiang Teoh.

YB Teng Chang Kim Speaker Dewan Negeri Selangor tidak berdiam-diri daripada menyertai majlis kenangan ini.
YAB Tan Sri Dato Khalid Ibrahim juga menghadirkan diri berikan sokongan kepada mendiang Teoh sebagai salah seorang kakitangan kerajaan negeri.

YB Dr. Rani ADUN Meru juga hadir bersama.
Orang ramai mengambil inisiatif menyuarakan kemarahan atas kematian mendiang Teoh.
YB Dr. Xavier Exco Kerajaan Negeri Selangor sedang mengutarakan perasaan marah beliau.
YB Husam Musa Exco Kerajaan Kelantan turut terbang daripada Kota Bharu berikan sokongan.
YB Lim Kit Siang Ahli Parlimen Ipoh Timur sedang berikan ucapan.
Ahli Pasukan Keadilan sedang giat mencari tandatangan sokongan.
Tunku Aziz Naib President DAP juga hadir bersama.
Kemeriahan Stadium Kelana Jaya.

Wajah ADUN Skinchan Berdebat

Pendedahan ADUN Skinchan YB Ng Swee Lin atas pemilikan bangalo oleh mantan Metneri Besar Selangor bernilai RM24,000,000.00 (RM24 juta ringgit) telah mencetuskan satu lagi tsunami kecil atas karun dan harta-benda yang dimilik oleh pemimpin BN sebenarnya.

Isu ini terus bara masuk Dewan Negeri bersidang pada Julai lalu.

Siri gambar membayangkan persediaan ADUN Skinchan sebelum, sedang dan selepas membahas dengan penuh semangat atas isu pemilikan harta berpuluh-puluh juta ringgit.








ADUN Skinchan Beraksi di Dwan Negeri

ADUN Skinchan bukan sahaja amat aktif dalam Dewan, malahan keaktifannya terus di dewan makan.

Hasil daripada pendedahan "Isu Bangalo" beliau sentiasa dikelilingi oleh para wartawan.









ADUN Bukit Lanjan Di Dewan Negeri

ADUN Bukit Lanjan YB Elizeberth Wong merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor telah mengetuai rombongan penduduk Bukit Lanjan melawat Dewan Negeri sempena persidangannya.