Pada pukul 10.00am 17/07/09, telah menyaksikan rakyat Malaysia sedih dan pilu dengan kematian mendiang Teoh Beng Hock dengan penuh misteri kononnya hanya sebagai saksi siasatan SPRM.
ADUN Rawang YB Gan Pei Nie dan ADUN Kajang YB Cikgu Lee jelas sedih bersama dengan rakyat di depan bangunan Plaza Masalam di mana mayat mendiang didapati tersadai di tingkat 5.
Muka Cik Ginie Lim dipenuhi kekedutan dengan memegang bunga putih berdoa dalam sanubarinya agar roh mendiang sentiasa berberkati Tuhan atas pengorbanannya.
Segenap lapisan rakyat tanpa mengira apa jua perbezaan merasai kesakitan atas pemergian mendiang.
Yang hadir ke bangunan ini bukanlah penjenayah mahupun perusuh, sebaliknya mereka membawa bunya putih sebagai tanpa mengingati sumbangan mendiang Teoh semata-mata.
Sungguhpun ada media tertentu yang cuba memutar-belitkan bahawa tragedi ini menjadi satu isu perkauman, namun hasrat mereka pasti akan bantut kerana yang nyata ini adalah isu hak asasi manusia dan kezaliman manusia yang tidak boleh ditolak-ansur dalam apa jua agama masing-masing. Atas kesedaran ini, pelbagai keturunan, kaum dan agama telah hadir dengan risiko sendiri memberikan sokongan kepada mendiang sambil mendesak pihak kerajaan memberikan satu penjelasan yang transparen.
Exco Kerajaan Selangor YB Elizeberth Wong tidak berkecuali daripada kepiluan apabila beliau menatap ke tingkat 5 di mana mayat mendiang tersadai. Dalam fikiran masih bertanya-tanya, Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun serta Pengerusi Negara-negara Islam, bagaimana boleh perkara umpama ini berlaku di sini???
No comments:
Post a Comment