Pada pukul 3.30 petang 19/07/09, Pakatan Rakyat Selangor telah menganjurkan majlis peringatan kematian mendiang Teoh Beng Hock selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia di Plaza Masalam Shah Alam.
Kumpulan Pasukan Keadilan turut membuka kaunter mengumpul tandatangan mendesak kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Penyiasat DiRaja.
YB William Leong Ahli Parlimen Selayang merangkap Bendahari Pusat PKR sedang memberikan ucapan penuh semangat.
En. Tan Ah Kow Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut hadir.En. Lee Kai Loon Ahli Majlis Perbandaran Selayang selaku bekas Setiausaha Politik YB Elizeberth Wong nyaris lelehkan air matanya apabila mengenang pemergian rakannya mendiang Teoh.
YB Teng Chang Kim Speaker Dewan Negeri Selangor tidak berdiam-diri daripada menyertai majlis kenangan ini.
YAB Tan Sri Dato Khalid Ibrahim juga menghadirkan diri berikan sokongan kepada mendiang Teoh sebagai salah seorang kakitangan kerajaan negeri.
Orang ramai mengambil inisiatif menyuarakan kemarahan atas kematian mendiang Teoh.
YB Dr. Xavier Exco Kerajaan Negeri Selangor sedang mengutarakan perasaan marah beliau.
No comments:
Post a Comment