Suasana kemeriahan Plaza Masalam pada pagi 17/07/09, pukul 10.00am.
YB Lim Kit Siang, En. Shamsul Iskandar Ketua Angkatanmuda Parti Keadilan dan YB Lim Guan Eng sedang berikan ucapan ringkas.
YB Iskandar Exco Kerajaan Selangor turut luangkan masa bersama rakyat.
Ketua Polis Negeri Selangor Dato Khalil sendiri turut padang berikan arahan pengawalan.
Poster menyatakan "Demokrasi Sudah Mati" berlatar belakangkan kenderaan memuatkan 7 orang pemimpin ditahan pagi tersebut.
Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam hadir sebagai pemantau setempat.
Salah seorang anggota FRU sedang arahkan orang ramai beredar daripada tempat tersebut.
Ketua Polis Negeri Selangor bercakap sesuatu dengan YB Gobin Singh Ahli Parlimen Puchong.
Masyarakat awam berhenti melihat kemeriahan pagi itu.
Banner tergantung depan Plaza Masalam menyatakan kematian mendiang Teoh wajib diadili.
Orang awam dan wakil polis sedang sibuk membuat rakaman video.
Sekali lagi membuktikan seluruh rakyat semua keturunan menganggap ia merupakan satu kezaliman.
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan kepimpinan Bahagian Shah Alam Parti Keadilan Rakyat dan Pas turut hadir bersama berikan sokongan.
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat merangkap Ketua UMUM PKR YB Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang berjalan turun daripada Plaza Masalam selepas menghantar memorandum bantahan dan menuntut keadilan daripada SPRM Selangor.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim turut mengiringi YB Dato' Seri Anwar atas semangat tanggungjawabnya di mana mendiang Teoh adalah salah seorang daripada keluarga kerajaan negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment