Monday, July 20, 2009

Majlis Peringatan Kematian Teoh Beng Hock

Pada malam 16/07/09 di mana dunia telah dikejutkan dengan berita seorang saksi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah dijumpai mati di bakoni tingkat 5 Plaza Masalam. Kebetulan juga pejabat SPRM Selangor berada di tingkat 13 dan 14 bangunan yang sama.

Banyak persoalan misteri masih belum jawap seperti bagaimana dia boleh mati? Bilakah dia mati? Ada sesiapa yang terlibat? dan .....................

Lantaran itu, pada malam yang sama, satu majlis peringkatan kepada mendiang Teoh Beng Hock telah dianjurkan sambil ingin menuntut kerajaan pusat menyiasat dan mendakwa sesiapa yang menyebabkan kematiannya, jika ada.

Ahli Pasukan Keadilan KL/Selangor mengambil bahagian dalam majlis menyalakan lilin sebagai tanda takziah, mereka termasuklah (dari kiri) En. Chee - Ahli Majlis Perbandaran Selayang, En. Hew - rakan sejawat mendiang Teoh & Pembantu pejabat YB Au Yong, En. Lee Kai Loon - Ahli Majlis Perbandaran Selayang.

YB Nik Nazmi dan YN Sim dari Pulau Pinang turut hadir berikan sokongan moral dan ucapkan takziah.

En. Kamaruzaman Sanusi - Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan isteri juga menyalakan lilin putih tanda kesedihan.

En. Uthayasorian - Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bersama dengan masyarakat mengingati mendiang Teoh.

Penyokong PKR merangkap ahi Pasukan Keadilan tidak pernah memencilkan diri daripada bersuara menuntut keadilan untuk mendiang.

Jelas kelihatan wajah sedih dan pilu oleh rakan sejawat mendiang Teoh, iaitu Cik Ginie Lim - Ketua Pegawai Perhubungan Awam Menteri Besar Selangor (yang pegang lilin).

Tanda kemarahan rakyat atas pihak SPRM yang menahan mendiang sehingga larut pagi bertanggungjawab.

En. Tan AK - Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut serta bersama sebagai seorang warga Selangor yang prihatin.

Sekumpulan wanita daripada Sri Kembangan menitikkan air mata mereka ketika melihat badan mendiang yang telah menjadi sejuk tersadai di tingkat 5 Plaza Masalam. Mereka sambil bercakap sendiri, bagaimana seorang saksi SPRM boleh termati? Kenapakah hanya seluarnya hanya pecah di bahagian dubur? Adakah beliau telah disolo.....

Kejadian luar biasa ini juga menarik perhatian media antarabangsa membuat liputan langsung dari tempat kejadian.

No comments: