Saturday, September 29, 2007

Perjalanan Keadilan - BAR

Sambutan Ahli-ahli BAR mendapat samutan yang amat meriah, maka ia pasti mengerunkan pihak pemerintah yang memutar-belitkan system kehakiman dan keadilan perundangan.

















Thursday, September 27, 2007

Perjalanan Keadilan - BAR

Ahli BAR tidak tidak usia, bangsa, agama dan keturunan bersatu hati, turun padang; menerima cabaran polis menahan bus daripada memasuki kawasan Putrajaya / Istana Keadilan (ajaib???) Ketibaan mereka disambut dengan barisan FRU seragam dengan senjata api tajam (lihat gambar), dikenakan jemuran matahari dan dibasahi air hujan.

Walaupun bagai peguan yang mengamalkan hokum Ramadhan, tidak ada orang yang mengundur diri, sebaliknya mereka penuh bersemangat mengharungi semua cabaran-cabaran ini dengan penuh tabah, aman dan berbudi-bahasa.

















Perjalanan Keadilan - BAR

Suasana sebenar perjalanan Majlis Peguam menuntut Keadilan Perundangan dan Kebebasan Kehakiman diperkudakan oleh mana-mana pihak.










Perjalanan Keadilan - BAR

Suasana sebenar perjalanan Majlis Peguam menuntut Keadilan Perundangan dan Kebebasan Kehakiman diperkudakan oleh mana-mana pihak.








Askar Menyamar Sami

Kekerasan Kerajaan Myamar sekali lagi membuktikan kerajaan zalim memang takut berhadapan dengan rakyatnya sendiri.

3Hari sebelum kerajaan Myanmar mengerahkan tenteranya menindas perjalanan sami Buddha di Rangoon, telah tersiar berita memetik sumber daripada Britian bahawa:

Kerajaan Myanmar telah kerah 3,000 orang askar mencukur botakkan kepada sambil memakai baju SAMI untuk menghuru-harakan perhimpunan aman sami-sami Buddha yang telin.

Ia membuktikan bahawa memang adalah tindakan lumrah penguasa yang zalim dan ganas sanggup menggadai nama suci SAMI BUDDHA kerana kononnya sami-samilah yang merusuh untuk mengulingkan kerajaan.

Demi kuasa, demia kekayaan harta, demi keegoan individual, demi takhta, demi nama, demi NAFSU, demi muka dan sebagainya; manusia jenis ini sanggup melakukan apa sahaja tindakan untuk kepentingan diri.

Padahal jika kita amat corak kehidupan binatang seperti serigala yang dikatakan keji juga sanggup berkongsi makanan sesame kumpulannya. Kenapa pula manusia yang sebudaya, seagama, seketurunan, sealiran bahasa, sekampungan, senegara sanggup membunuh rakyat sendiri? Apa jenis makluk ini patut dinamakan?

Saturday, September 22, 2007

Laporan Audit Negara

Saya ingin tanya saudara/i budiman:

1. Sudahkah semua Menteri dan Wakil Rakyat telah menghalusi Laporan Audit Negara 2006?

2. Sudahkah Kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menghalusi Laporan Audit Negara 2006?

3. Apakah pendirian dan perasaan ketanggungjawaban oleh Perdana Menteri? Timbalan Perdana Mneteri? Menteri? Timbalan Menteri?

4. Apakah pendirian dan perasaan ketanggungjawaban oleh Menteri Besar? Ketua Menteri? Ahli-ahli EXCO?

Haha: (jawapan A1 dalam jika dalam peperiksaan) Saya tak tau lagi. Kita harus mengkaji kesahihan authentisiti laporan tersebut sebelum kerajaan boleh memikirkan sesuatu. Walau bagaimanapun, rakyat jangan risau, kerajaan sentiasa prihatin tentang perasaan rakyat; maka kita akan mengambil langkah-langkah susulan untuk memperbetulkan keadaan.

Boleh? Puas? Jangan bising lagi lah, mereka sudah berjanji (tidak kata nak buat, memang takat janji saja loh) tidak bertolak-ansur atas korupsi. Kamu nampak sesiapa angkat duit lari? Kalau ada buktikan! Sebenarnya duit itu hilang kerana DUIT ITU SENDIRI BERJALAN LARI LAH!!!

Contoh: Polis minta duit kopi = RASUAH. Orang politik beli undi = POLITIK WANG (bukan menyogok lah, faham tak)!!!

Thursday, September 20, 2007

Majlis Sukan Negara Lagi

Minggu ini terpapar dalam laporan kahbar Persatuan Bolasepak Malaysia telah banyak bulan tidak bayar gaji jurulatih. Itu bukan satu perkara maya, sebaliknya hakikat yang tidak boleh dinafikan lagi di depan mata kita.

Berkisar dengan tuduhan penyelewengan Majlis Sukan Negara yang di bawa oleh bekas Jurulatih Gimnastik Negara Cik Yap Yee Yin. Pada 20/09/07 Yap telah sekali lagi menghadirkan diri di ibu pejabat BPR (hari dan waktu sama dengan Tngku Aziz dan Param – 2 orang bekas ketua Transparensi International membuat laporan isu Ketua Hakim Negara) untuk tandatangan kenyataan beliau diiringi oleh peguan sukarelawan yang enggan dikenali identitinya.

Prose situ berlangsung selama 3 jam bermula daripada pukul 3pm sehingga 6pm. Maka, lengkaplah semua bukti dan kenyataan telah diserahkan kepada BPR oleh Yan, kita tunggu apakah tindakan BPR.

Pada waktu yang sama, juga ada pegawai Majlis Sukan Negara muncul di BPR dipercayai untuk kes yang sama. Berikut adalah kenderaan yang dinaiki oleh pegawai Majlis Sukan Negara di depan pintu besar BPR.



Bangunan Ibu Pejabat BPR Putrajay (D6).



Logo BPR: Amanah, Adil dan Tegas.



Banner kemerdekaan 50 tahun masih berkibar di depan pejabat BPR: Malaysiaku Gemilang???