Thursday, September 20, 2007

Saya Sudi Bayar Untuk Jadi Hakim

Awal tahun ini bual-mulut masyarakat adalah penjenayah boleh tawar-menawar dengan penguatkuasa kerana Ketua Polis Negara menyiasat Timbalan Menteri Keslematan Dalam Negeri. Kemudiannya, Timbalan Keselematan Dalam Negeri membuat laporan Badan Pencegah Rasuah terhadap Ketua Polis Negara.



Baru saja gelombang mulai reda seketika, arena politik diserang satu lagi Tsunami yang menjangkau ombak 40 kaki (PM dan TPM kata tidak perlu Suruhanjaya dan kita tengok authentisiti video dulu lah) kerana ada golongan yang boleh aturkan Perlantikan Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar dan keputusan kes-kes tertentu.



Saya kurang berilmu akan peruntuk Perlembagaan dan pentadbiran negara, hanya saya impikan sekiranya saya mampu dan sangguh bayar RM100,000,000.00 (10 juta), kemungkinan saya pula menjadi Ketua Hakim Negara! Kenapa tidak? Nampaknya tidak ada kemustahilan kerana semua boleh diaturkan berursniaga dalam negara kita?



No comments: