Wednesday, September 05, 2007

GERAK - Cipta Teladan Pemuda

Minggu lalu, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah mendedahkan kejadian penyelewengan dana Majlis Sukan Negara melibatkan seorang bekas Jurulatih Gimnastik Negara.

Sungguhpun penafian-demi-penafian oleh Pengerusi MSN, namun Gerak masih menunggu laporan MSN sebelum menentukan langkah seterusnya. Sepertimana telah dijanjikan oleh pengadu Yap Yee Yin, beliau hanya akan memberikan bukti-bukti kukuhnya kepada Menteri Belia dan Sukan kerana skandal itu turut melibatkan Pegawai Kanan MSN itu sendiri.


Oleh yang sedemikian, kes ini wajib ditangani oleh Menteri dengan tegas. Lanjutan daripada itu, tindakan Yap Yee Yin telah mendapat pujian daripada Transparensi International, Tan Sri Ramon di mana:

1. Keberanian dan keikhalsan Yap Yee Yin enggan bersubahat dengan pegawai curangkan dana awam wajar dijadikan "Keteledanan Pemuda / Example For Youths" di mana kita tidak boleh menggadaikan prinsip semata-mata untuk kepentingan sendiri.

2. Menteri Belia dan Sukan wajib menyiasat perkara ini dengan tegas dan tansparen demi mempertahankan kewibawaan MSN.

Sepertimana telah dijanjikan oleh Menteri, laporan akan disiapkan dalam minggu ini, tetapi setakat ini Yap (pengadu) masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak untuk beri keterangan lanjut. Entahlah bagaimana boleh membuat rumusan laporan tanpa keterangan daripada pengadu? Satu kebolehan Majlis Sukan Negara yang amat mengajaibkan kita?












No comments: