Siapa Bakar Bendera?
Kepada seseorang ahli politik yang mempunyai otak fikiran yang waras, pasti dia tahu dan sedar perbuatan membakar bendera akan memkuburkan riwayat politik dalam budaya politik tempatan.
Begitu juga dengan seorang PEMIMPIN TINGGI parti pemerintah negara melaung-laungkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam itu akan MENGGADAI kekuatan rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional. Ini kerana BN sudah puluhan tahun mengutuk objektif Pas ingin memdirikan sebuah negara Islam. Kutukan mereka telah Berjaya seurang-kurangnya:
1. Memecah-belahkan pakatan Barisan Alternatif – DAP menarik diri selepas kejayaan BN pada pilihanraya 1999.
2. Menakut-nakuatkan pengundi bukan Melayu amnya agar tidak mengundi BA, mahupun DAP atau Keadilan. Kononnya: ‘mengundi kumpulan ini akan membawa orang Cina masuk Melayu’, ‘kemenangan pembangkang akan memupuskan pembekalan daging babi sebagai makanan’ dan sebagainya.
Berbalik kepada isu pembakaran bendera negara, semua aktivis dan reformis atau kepada sesiapa yang pernah menghadiri atau menyaksikan perhimpunan rakyat, tanpa mengira penganjurnya (pembangkang, ngo, persatuan), semuanya berjalan lancer. Ini kerana:
1. Penganjur program 200% sedar dan insaf, selangkah kesilapan akan membawa parah kepada mereka sendiri.
2. Setiap program atau perhimpunan akan dikelilingi / dihadiri puluhan atau ratusan anggota polis (berunifom dan tidak berunifom). Anatara mereka ada yang memantau, buat catatan, bergambar, rekod video kamera dan sedia membuat tangkapan bila-bila masa.
Dalam keadaan ini, beberapa persoalan yang penting tidak boleh diketepikan:
1. Ada khabar kata polis sudah mengumpul semua kamera wartawan. Kenapa?
2. Dengan kehadiran ratusan pengawal keselamatan, kenapa tangkapan serta-merta tidak dilakukan, sedangkan menurut laporan ada penduduk kampung yang dikejar beratus-ratus meter jauh?
3. Bolehkah kerajaan membuka semua rekod video kepada masyarakat untuk sama-sama menangkap orang ini? Jika tidak, kenapa (kecuali kerajaan akui tidak berhasrat untuk mencari orang ini, jika begitu kenapa)? Dengan mengenal-pasti siapa orang itu, semua persoalan akan terjawapan seperti: parti at jabatan mana orang ini hadir? Kenapa dia buat demikian? Siapa yang suruh / hasut?
4. Memang kita semua akui ia merupakan satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan dan mungkin menyalahi undang-undang, maka segera membuat penangkapan dan pendakwaan serta-merta. Adakah petugas polis malam tersebut cuai kerana melepaskan pesalah berleluasa?
5. Kenapa kerajaan dan polis enggan mewajibkan pegawai bertugas mamakai uniform? Dengan pemamakian uniform pasti lebih menyenangkan rakyat untuk kenal-pasti dan minta bantuan apabile sesuatu perkara berlaku? Sengaja untuk mencampur-adukkan keadaan? Sendiri segan dengan uniform?
No comments:
Post a Comment