Budaya Samseng Negara
Beberapa bulan yang lalu, gelombang kebangkitan pendudukan di Johor Bharu, mendesak kerajaan menitik-beratkan keselamatan sosial telah berjaya mengumpul melebih 300,000 tanda-tangan dalm tempoh yang amat singkat.
Sesuatu budaya HANYA akan terbentuk dengan galakan pentadbir dalam tempoh masa yang panjang. Tahun lalu, Universiti Putra terkenal bukan kerana pencapaian akademik yang cemerlang, tetapi oleh kerana pentadbir yang tembelang menindas kebebasan bersuara mahasiswa di kantin univerisiti.
Tahun Pisang Berbuah Dua Kali kerana budaya sudah terbentuk. Perpatah berkata: merentuh buluh biar direbungnya. Pentadbir UPM tahun ini telah sekali mempolularkan nama UPM kerana pasukan keselamatan telah merampas peralatan komputer seorang pelajar tahun satu tanpa alasan yang boleh masuk akal (kecuali akal orang gila).
Pagar Makan Padi – tajuk karang bekas Ketua Polis Negara ketika mengulas beberapa isu berkaitan dengan pasukan keselamatan dalam negara. Tidak kurang hebatnya di universiti, pasukan keselamatan juga dijangkiti penyakit sepertimana disebut oleh Tun Hanif Omar? Jika mawasiswa yang dikatakan sebagai tunjang harapan negara jadi begini, apakah harapan kita selepas mereka masuk dalam masyarakat nanti?
Penyakit berjangkit ini juga merebak ke jabatan-jabatan kerajaan. Ia jelas terlihat dalam laporan polis Manikawasagan bahawa ada pelancong (bukan pelencong) yang dirampas Pasport dan Wangnya sebelum menjejakkan kakinya dalam tanah air Malaysia. Jatuh Di Timpa Tangga, pelancong ini kemudian dihantar ke pusat kem tahanan pendatang asing Semenyih. Ini satu kejayan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007?
Apalah nak jadi dengan negara kita kerana budaya samseng merebak setiap perusuk negara? Apa akan terjadi dengan anak-cucu kita nanti?
No comments:
Post a Comment