Peranan OIC Dalam Perculikan Taliban
Minggu ini seluruh dunia menumpukan perhatian samada kerajaa Korea telah membayar USD20,000,000 (USD20 juta) untuk menebus puluhan tebusan warga Korea yang diculik oleh terrorist Taliban.
Sejaja dengan “CONVENTION OF THE ORGANISATION OF THE ISLAMIC CONFERENCE ON COMBATING INTERNATIONAL TERRORISM” yang dipetik dalam karangan di atas.
Saya memang tidak tahu bukan berhasrat untuk mencabar OIC (bimbang nanti ada orang politik perkauman sengaja memutar-belikkan kefahaman pula), sebaliknya hanya takat ingin mengetahui apakah peranan yang telah dimainkan oleh Pertubuhan OIC dalam kejadian ini?
Apakah pendirian OIC dan tindakan susulan telah diambil untuk menenangkan ketegangan?
Apa pula pendirian kerajaan Pengerusi OIC iaitu Malaysia? Adakah usaha dan bantuan telah dihulurkan untuk mencari jalan penyelesaian damai?
Saya rasa persoalan ini penting kerana sebagai pertubuhan OIC, bahawasanya pertubuhan ini wajar mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk mengikis persepsi-persepsi yang mungkin tidak benar bukan sahaja ke atas penganut Islam, malahan semua negara keanggotaan OIC sekaligus.
Sungguhpun gambaran-gambaran terhadap negara Islam dihubung-kaitkan dengan tindak-tanduk seperti keganasan Taliban itu tidak mengambarkan ajaran agama yang sebenar; tetapi sejauhmanakah usaha-usaha telah dijalankan untuk memperbaiki salah-persepsi ini?
Dengan itu, saya terfikir andainya OIC secara pro-aktif menjelaskan pendirian dan usaha untuk mengeratkan perhubungan seperti perculikan warga Korea ini akan memperolehi penghormatan sedunia. Justeru itu, persepsi negetif pasti akan berubah menjadi positif.
Berikut adalah beberapa keeping gambar yang dipetik selalunya menggambarkan keganasan Taliban di Afghanistan:
No comments:
Post a Comment