Wednesday, September 19, 2007

04/09/07 Sejarah Melaka

Tangga 04/09/07 telah menjadi hari bersejarah kerana:

a. Paya Menkuang menjadi kampung paling selamat di seluruh Malaysia. Ia terbukti pada hari itu jenayah SIFAR tercapai ekoran daripada sumbangan kawalan 2,000 anggota beruniform dan BERSENJATA.

b. Hari ini merupakan hari sejarah kerana majoriti daripada penduduk kampung kali pertama berpeluang melihat keteguhan pasukan beruniform dan bersenjata seperti FRU. Sebelum ini, ramai di antara mereka hanya melihat reformis dikejar oleh FRU dalam proses reformasi.

c. Hari itu, penternak telah penuh insaf bahawa mereka sudah tertipu oleh BN/MCA selama puluhan tahun di mana semua janji-janji politik hanya omong-omong kosong semata-mata.

d. Hari itu dengan kurnia Tuhan memberikan keberanian kepada penternak untuk membantah pencerobohan pasukan beruniform untuk membunuh hasil ternak mereka dengan SATU HATI (Slogan Parti Gerakan). Penternak sedar, aktiviti ini adalah sumber rezeki mereka sejak turun-menurun. Penternak tahu mereka bukan perompak duit rakyat beratus juta melalui bayaran komisen membeli senjata, tidak koupkan duit rakayt seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara, mereka bukan penjenayah membunuh manusia dan mengebom mayat dan sebagainya. Penternak hanya mengharapkan sesuap nasi bukan ahli-ahli keluarga sambil membayar semua cukai-cukai & tols yang mencangkam kehidupan atas kesedaran mereka ada DAIF.

e. Hari itu telah sekali membuktikan teori UMNO sanggup menggadai kepentingan parti komponen BN khasnya MCA dan Gerakan. Ini kerana UMNO sengaja menghebohkan isu ini demi untuk mencari publisiti murah dalam parti, sungguhpun tempoh notis belum matang. Sekiranya pakatan BN itu duduk sama rendah dan diri sama tinggi, kenapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh selesaikan masalah ini dalam mesyuarakat mingguan? Kononnya wakil kerajaan Melaka adalah Ahli Parlimen / Timbalan Menteri Kerajaan Pusat, apa hubung-kait Timbalan Menteri Pusat dengan kerajaan negeri? Kalau Tim Menteri Pusat berkuasa mewakil kerajaan negeri, kenapa keputusan pusat (Kabinet) tidak patuhi 2 solusi yang telah ditetapkan?

Demi untuk mengingat “Sejarah 904“, satu majlis makan malam khas telah dianjurkan pada 16/09/07. Beginilah suasananya:

Banner-banner bantah dan gambar mengingati hari sejarah itu.


Sambutan segenap lapisan masyarakat seramai 1,500 orang telah membanjiri dewan Paya Menkuang.



Golong profesional daripada Johor Bharu turut mengecam tindakan kerajaan tidak munasabah dan salurkan pandangan.



Wakil masyarakat tempatan (Melayu dan India) membuktikan simpati kepada nasib malang ditimpa oleh penternak. Mereka tidak membantah kegiatan penternakan sambil menjaga kebersihan alam sekitar.



Wakil tunggal MCA di majlis Ahli Parlimen Kota Melaka Wong.



Masyarakat penternak bersama pemimpin NGO dan parti politik bersatu hati membantah kekejaman kerajaan BN. Di tengah termasuk Tian Chua, Yusuf Abdullah daripada Keadilan dan YB Loke daripada DAP.



Rombongan delegasi Parti Keadilan Rakyat meliputi Melayu, Cina dan India berdiri atas satu platform yang sama tanpa mengira kaum bersama menegakkan keadilan dan perangi kezaliman / kekejaman.



Ucapan penuh semangat oleh seorang bekas ahli MCA (beliau dipecat daripada MCA kerana membantu suarakan rintihan rakyat) mencabar keikhlasan MCA dan hentikan manipulasi isu kerana sudi menjadi Pak Turut UMNO / Tukang Angguk UMNO.



Wakil Angkatanmuda Pusat Ginie Lim membincangkan sesuatu dengan mangsa kekejaman BN.



No comments: