Menteri Dahulu Beli Punya!!!!
Syabas Ketua Pengarah Audit Negara kerana membentangkan satu laporan telus dan berani. Ini jelas, rakyat bersyukur kerana Audit Negara masih bebas daripada pencemaran politik korupsi kerajaan BN.
Persoalan yang asas patut ditangani adalah siapa patut bertanggungjawab?
Perdana Menteri Jepun letak jawatan semalam kerana ketanggungjawaban dan perasaan MALU kerana gagal melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab kepada rakyat Jepun.
Dasar Pandang ke Timur (Jepun dan Korea) yang sudah berjalan puluhan tahun, adakah kita juga mencontohi semangat berani bertanggungjawab ini?
Menteri Belia dan Sukan menyatakan semua pembilan yang penuhi penipuan, kepincangan dan penyelewengan itu berlaku sebelum perlantikan beliau.
Adakah Menteri sekarang boleh lepas tangan sahaja kerana masa itu bukan pentadbirannya? Jika demikian, siapa yang patut bertanggungjawab?
Apa peranan Perdana Menteri dalam perkara ini? Jawapan saya tidak tahu boleh masuk akal?
Apakah tindakan PENDAKWAAN [bukan penyiasatan kerana siasat tanpa pendakwaan adalah satu pembaziran wang rakyat kali ke-2 dan sendiwara semata-mata. Kalau tidak berani bertindak, apa bezanya dengan membiarkan ia berterusan sahaja]?
Mungkin kita akan mencapai satu lagi rekod dengan Peguam Negara membuat satu kenyataan: semua kementerian / jabatan bersih dan kes-kes semua ditutup?
No comments:
Post a Comment