Sunday, September 02, 2007

Malaysia Masih Aman Damai

Minggu lalu, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negeri Johor telah beberapa kali membuat kenyataan menyangkal permusuhan telah menegangkan keadaan di Johor.



Menag sahih, ia hanya merupakan satu khabar angina yang tidak berasas, di mana semua warga Malaysia memang benci permusuhan dan pergaduhan.

Dalam persoalan ini, saya ingin mengajak adakah ini merupakan masanya untuk semua rakyat Malaysia menolak sebarang parti politik yang berasaskan perkuman?

Sekiranya semua pemimpin politik ikhlas, serius dan mencintai negara kita, kenapa dan apa sebab mereka tidak sanggup dan berani berhadapan dengan ahli parti yang berbilang kaum?

Lebih daripada itu, adakah pemimpin kita akui factor-faktor menyebabkan orang ramai mempercayai khabar-khabar angina? Kenapa ramai rakyat masih ragu-ragu dengan menyataan kerajaan walaupun penjelasan sudah dibuat?

Dengan itu, adakah inilah masa untuk kita mengkaji semula mengapa rakyat mengesyaki kebenaran laporan media oleh kerana tidak ada kebebasan / kekerapan campur tangan yang keterlaluan oleh kerajaan (2 bulan lalu sudah beberapa kali arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk membuat laporan pilihan (hanya kenyataan PM dan TPM sahaja)?

No comments: