Sunday, September 09, 2007

Malaysia Boleh - Pengekspot Hakim

Pada zaman pemerintahan ayahanda kepada penyandang Timbalam Perdana Menteri Malaysia sekarang, aliran keluar pakar-pakar dan cendikawan merupakan satu proses bagus kerana ia sebenarnya adalah "Pengaliran Masalah Negara Keluar" - menurut buku Memori Lee Kuan Yew.

Memang pada 4 dekad yang lalu, ramai pakar-pakar, intelektual-intelektuan Malaysia telah memilih untuk bermastautin di negara mereka menamatkan pengajian tinggi. Yang paling terkenal termasuklah Profesor daripada Universiti Malaya di Fakulti Kejuteraan dan Profesor Dr. Jomo dan lain-lain lagi.

Minggu ini, sementara kerajaan mengumumkan perlantikan beberapa orang hakim baru, termasuk Ahli Lembaga Disiplin UMNO. Sudah banyak tahum Majlis Peguam memperjuangkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Kehikaman untuk menguruskan perlantikan dan naik pangkat hakim; namun dukacitnya kerajaan masih pekak dan bisu.

Serentak itu, terbukti kebolehan Malaysia telah berjaya mengekspot 2 orang berkelayakan sebagai hakim besar di negara lain, tetapi tidak dilayani oleh negara sendiri.

Ini juga merupakan satu pengekspotan masalah keluar negara?

Adakah kemudian 2 orang ini akan dikutuk tidak setia kepada negara kerana berkhidmat dengan kerajaan lain?

Adakah kerajaan Fiji sudah salah pilih calon hakim sedangkan mereka ini tidak diperhatikan oleh kerajaan sendiri?

Sekiranya kerajaan Malaysia telah membuat tawaran dan mereka menolaknya; kenapa mereka tolak kerajaan Malaysia? Sebaliknya menerima tawaran Fiji yang agak asing bagi kita?

Kenapa?





No comments: