Saturday, September 08, 2007

Parlimen Bocor, Bocor & Bocor!

Bangunan Parlimen lebih tinggi daripada pokok nyiok (pokok kelapa, perbandingan orang kampung). Ia juga merupakan satu tempat larangan dengan kawalan keselamatan yang ketat kerana ia membayangkan kewibawaan cabang Perundangan dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Bocor, bocor dan bocor lagi tragedi mengancam bangunan Parlimen yang telah menelan perbelanjaan melebihi RM100 juta (RM100,000,000.00) pada tahun lalu.

Hari ini Menteri Kerjaraya yang serba boleh memberi alasan kebocoran itu diakibatkan oleh sampah-sarap menyumbatkan saluran air.



Persoalan:

1. Kenapa ketika renovasi RM100 juta tidak mengesan masalah bumbung?

2. Dari manakah datangnya sampah-sarap kerana ia adalah satu kawasan larangan?

3. Adakah ini bermakna ada orang memanjat ke atas bumbung bangunan Parlimen dan membuang sampah di atas? Jika ia benar, adakah Menteri mengaku kawalan keselamatan Parlimen hanya satu perkara main-main atau siar-siar?

Amboi, kalau nak "pusing" orang kampung yang kurang berpendidikan tinggi pun kenalah pakai satu "akai" yang boleh dipercayai.

Insaflah segera hari ini jangan memperbodohkan lagi pengundi-pengundi lagi kecuali untuk Bangunan Maika Holding, jika mereka mampu milikinya.


No comments: