Tuesday, September 04, 2007

Sama Warganegara Tapi Nasib Berbeza

Memang saban hari kerajaan kata mereka layan semua warganegara samarate, kerana inilah dasar mereka "Tradisi Membela Rakyat" dan Perdana Menteri hanya ingin mendengar "kata-kata benar".

Dukacitanya, bandingkanlah nasib-nasib rakyat yang berbeza walaupun sepatutnya mereka tidak wajar dilayani sedemikian rupa.

Mahligai dibina atas tapak yang tidak memdapat kelulusan kerajaan oleh seorang Wakil Rakyat BN di Selangor. Hari ini, tidak apa-apa tindakan dikenakan MUNGKIN kerana tuan punya rumah adalah orang besar yang berada.




Ini pula merupakan sebuah lagi istana milikan Ahli Majlis Perbandaran Klang daripada UMNO suatu ketika dahulu heboh kerana tidak pernah memohon kebenaran binaan bangunan.



Ini pula nasib orang Kampung Berembang, Ampang rumah dan surau dirobohkan cara kekerasan kerana kononnya atas nama pembangunan. Sudah hampir 1 tahun ratusan penduduk tinggal dalam khemah-khemah seperti ini.




Beginilah rupa Pusat Pemulihan Hospital Sg Buluh yang sudah diklasifikasikan sebagai Tapak Warisan Negara turut terkorban atas nama pembangunan.




Ini pula nasib keluarga miskin melabur dalam syarikat di bawah naungan MIC. Kini modal pelaburan meresap hilang; mesyuarat tahun minggu lalu dipulangkan dengan ugutan, pertumbukan. Mangsanya termasuklah bekas Timbalan Menteri merangkap Timbalan Presiden MIC dilarang bersuara. Laporan polis telah dibuat oleh beliau, yakinkah ada siasatan susulan dijaminkan oleh pihak kerajaan?


Lihat pula kita melihat wajah keresahan penduduk kampung daripada Rawang diancam kerana keengganan TNB menerima nasihat Menteri Tanaga, Air dan Komunikasi bahawa pembinaan sistem pendawaian baru boleh diubahsuai, tidak perlu mengorbankan perumahan orang kampung. Namun, kerahan pasukan berunifom telah dijalankan pada minggu lalu untuk merobohkan bumbung teduhan orang kampong. Adakah ia akan menjadi Kampung Berembang II?



Mengalih perhatian ke Pantai Timur, semperna meraikan Tahun Melawat Malaysia 2007, struktur bangunan resort ini dirobohkan semasa ada pelancong sedang berehat, bertidur dan bermandi dalam bilik resort. Pasukan berunifom daripada Terengganu tidak mengambilkira imej negara, yang penting resort ini berlesen (kononya pembaharuan bangunan tidak direstui kerajaan) sahaja dirobohkan walaupun banyak lagi resort tidak berlesen dibiarkan bermaharajalela.


Nasib sebuah tokong di Seberang Prai juga tidak dapat melarikan diri daripada ditimpa nasib malang. Sekali lagi jentolak dan pasukan unifom dikerah dengan kekerasan tanpa rundingan atau notis awal. Yang menyindirkan adalah orang bercermin mata / baju putih di tengah gambar adalah Wakil Rakyat Berapit merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang turut melaungkan slogan membantah pencerohohan tersebut. Exco kerajaan lawan Majlis Perbandaran Sebarang Prai? Ajaib dan luar biasa!

Penduduk Puchong Saujana pula dinaugerahkan dengan pembinaan kubur di tepi perumahan tanpa banci sepertimana termaktub dalam Akta perancangan Bandar. Memorandum demi memorandum telah dihantarkan, rayuan demi rayuan telah disampai kepada pihak berkuasa, permintaan demi permintaan kepada wakil rakyat Ahli Parlimen dan Dewan Undangan negeri; tetapi semua usaha penduduk bagaikan BAtu Jatuh Dalam Lubuk. Surat rayuan juga telah dihantar kepada semua 54 wkil rakyat, hanya wakil Sg Pinang YB Teng dan Sekinchan YB Ng membalas; ada Yang Berhormat sanggup tolak balik surat rayuan penduduk. Kenapa tolak balik surat? Takut kerana salah atau dibayangi dengan apapapapap yang mengerunkan diri?

No comments: