Tuesday, January 29, 2008

Suasana Protes Rakyat Terhadap BN

Beginilah kerajaan Barisan Nasional melayani warganegara sendiri di hadapan KLCC walaupun itu hanya satu perhimpunan damai.














Monday, January 28, 2008

Rakyat Dizalimi oleh Barisan Nasional

Keadaan sebenar apa yang berlaku di hadapan tatapan ribuan manusia akan keganasan kerajaan Barisan Nasional di KLCC.














Wednesday, January 09, 2008

Ahli PKR Tanding Atas Panji DAP???

Ada pihak tertentu telah mencadangkan untuk ahli-ahli PKR bertanding di atas panji DAP di Pulau Pinang. Cadangan ini timbul akibat daripada perkembangan terbaru peragihan kerusi antara parti-parti pembangkang hari ini.

Selain daripada itu, menurut maklumat risikan rasmi yang boleh dipercaya merumuskan kawasan Subang yang diwakili oleh calon DAP pada 2004 telah menarik diri sebelum pencalonan telah menyakiti hati pengundi di situ.

Kesimpulan risikan menunjukkan sekiranya kawasan ini diwakil oleh calon selain daripada DAP pada pilihanray akan datang pasti akan lebih cerah untuk menawan kawasan DUN Subang.

Adakah anda mempercayai khabar-khabar ini? Masa akan berikan kita satu jawapan tepat kemudian.
Kepelbagaian PKR Tergadai di P. Pinang?

Kepada semua pemerhati politik dan pendokong reformasi pasti mendahagakan kesepakatan pembangkang untuk menyahut cabaran gergasi Barisan Nasional yang "sengek-sengek".

Pengumuman petang tadi menarik perhatian dan menyentuh perasaan saya atas kesefahaman antara DAP dan PKR/PAS atas persetujuan untuk mencapai wawasan 1 lawan 1.

Di antara 13 Parlimen dan 40 kerusi DUN; telah dipersetujui DAP akan bertanding 7 Parlimen dan 19 kerusi DUN.

Dalam pada itu, baki 6 Parlimen dan 21 kerusi DUN akan diwakili oleh calan daripada PKR dan PAS.

Apa yang melucukan adalah PKR sebagai sebuah parti pelbagai bangsa difahamkan tidak ada satu (1) peluang sekurang-kurangnya untuk menghantar calon bukan Melayu untuk bertanding di negeri yang dipimpini oleh wakil Parti Gerakan.

Oleh itu, ia akan menyulitkan usaha untuk bertopengkan PKR sebagai sebuah parti kepelbagaian kaum dan bangsa.

Difahamkan, sebelum ini terdapat kepimpinan tertinggi pernah berjanji sanggup "menggugurkan kepala" jika kerusi Batu Kawan tidak dapat dipertahankan. Hakikat hari telah diumumkan bahawa bukan sahaja Parlimen Batu Kawan diserahkan kepada rakan kongsi; malahan telah ditutup semua ruang untuk calon bukan Melayu tanding atas panji PKR untuk mana-mana Parlimen dalam negeri Pulau Pinang.

Manusia hidup pegang kepada janji; adakah janjinya masih berkesan? Ataupun ada pihak yang telah menggadaikan kepentingan sesuatu?

Juga terdapat khabar angin menyatakan bahawa golongan refomis sudah nyata dimarginalise dalam PKR. Dahulu ramai, kini golongan ini tidak berdaya lagi kerana tidak pernah diberi ruang untuk bersuara. Ia termasuk percaturan bakal-bakal calon pilihanraya akan datang; mungkin ada calon "payung terjun" akan menggantikan aktivis yang sedia ada.

Saya tetap mendoakan seboleh-bolehnya semua ini akan kekal menjadi khabar angin semata-mata.

Sunday, January 06, 2008

Integriti Pengerusi SPR Utuh?

Memang tidak dapat dinafikan keadilan SPR akan terus “sengek” demi untuk memastikan kemenangan sesuatu pihak tertentu.

Selain daripada membicarakan dan menunjuk jari kepada SPR yang memang sudah ketahui umum berat-sebelah atau pilih-kasih, tetapi ingat bahawa serentak dengan itu, adakah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seseorang pemimpin pembangkang untuk menilai diri:

a. Sejauhmanakah kepimpinan parti menangan masalah ketelusan pilihanraya?

b. Apakah strategik mereka seandainya SPR terus „sengek“?

c. Adakah semua calon dan bakal calon partinya memahami pengurusan pilihanraya yang sedia ada?

d. Adakah semua calon dan bakal calon partinya mengetahui bentuk kepincangan-kepincangan pilihanraya dan kelemahan diri sendiribersaing dalam suasana yang “sengek”?

e. Adakah semua calon dan bakal calon partinya sudah berusaha lebih gigihuntuk menampung kekurangan diri dalam system “sengek” ini?

f. Adakah semua calon dan bakal calon partinya sedar dan tahu bagaimana boleh meminimakan kekurangan diri agar terus berazam menjadi wakil rakyat?

g. Jika sudah diketahui pilihanraya akan tiba dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan; kenapakah ramai antara bakal calon anda masih berpeluk-tubuh? Harapkan durian runtuh?
Sikap ini boleh rakyat menaruh harapan?

Berikut adalah beberapa petikan akta yang berkaitan dengan pilihanraya; seperti notis waktu mengundi antara 8.00pagi hingga 5.00 petang; namun SPR boleh bermaharajalela enggan tutup pusat mengudi sehingga pukul 7.00 petang pada 2004. Adakah ini satu kecekapan SPR? Ketelusan SPR? Kebolehan SPR?

Fikirlah masak-masak Tuan Pemimpin!!!!












Wednesday, January 02, 2008

Ulasan YB Padungan - Sarawak

Dua hari yang lalu berkesempatan berbual dengan YB Padungan dan berikut adalah beberapa kesimpulan:


1. Mana-mana calon akan sukar untuk menang dalam pilihanraya, tanpa kerja-kerja perkhidmatan kawasan. Oleh itu, adalah tidak munasabah mana-mana bakal calon hanya bermimpi harapkan Durian Jatuh. Sikap ini patut dikikis serta-merta.

2. Pengurusan dan kepimpinan parti yang lemah, lembab dan sikap angkuh akan lebih memudaratkan motivasi penyokong dan pengundi.

Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab wajib kepada semua penyokong parti memantau dan mengkritik mana-mana pemimpin yang hanya kadar Melepaskan Batuk Di Tangga. Penyokong wajar terus mengkritik sehingga sikap mana-mana pemimpin itu berubah.

3. Kerja-kerja persediaan pilihanraya tidak boleh hanya bermula beberapa minggu sebelumnya. Ia mesti dilakukan melalui jadual dan perancangan jangka masa panjang. Rakyat akan menilai keikhlasan dan kesinambungan seseorang calon; sudah pasti rakyat akan menolak calon yang dianggap sebagai oportunis sahaja.

4. Sikap pemimpin yang terbuka, bertanggungjawab, aggressive dan dinamik adalah penting. Jika pemimpin tidak boleh ditegur, maka apa akan terjadi jika mereka diberikan mandat nanti? Jika penyokong parti tidak menyekat kumpulan ini, yang pasti mereka tidak ada perbezaan dengan ketua kerajaan yang sedia ada. Dengan itu, apa kelebihan pembangkang berbanding dengan pemerintah?

Ini merupakan satu pandangan yang waras demi pembangunan dan keutuhan partinya. Maaf kepada mana-mana pemimpin yang hanya rasa pedas jika dia termakan cili.

Maka, tepat masanya hari ini menjelang pilihanraya bagi anda semua membuat peniliaian terakhir, baik pemimpin, bakal, ketua-ketua tepuk dada tanya selera; sudahkah anda dan mampukah anda untuk terus memimpin mana-mana parti untuk menyahut cabaran pilihanraya umum dijangkakan tiba dalam tempoh yang singkat?

Berikut adalah panorama pandangan suatu sudut di kawasan Padungan.


Untuk maklumat lanjut tentang YB Ng sila layari: .

Tuesday, January 01, 2008

Tahanan Tanpa Bicara

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Malaysia membidas Amerika menjelaskan urusan Kem Tahanan Guantanamo baru berhak minta Malaysia mendakwa tahan ISA ke atas mahkamah.

Dalam ertikata lain, kenyataan ini seolah-olah:

[Sungguhpun Malaysia menjalankan kegiatan tahanan tanpa bicara, namun keadaannya masih lebih baik daripada amerika / Guantanamo.]

Dalam pada itu, kita sebagai seorang warganegara biasa kurang handal tektik "Tai-Chi" sepertimana orang politik selalu sendiwarakan. Maka, adalah lebih menyakinkan:

1. TPM menjelaskan apakah perbezaan tahanan tanpa bicara antara Kamunting dan Guantanamo.

2. Adakah TPM akui bahawa walaupun beliau sedar bahawa kewujudan Guantanamo adalah satu pencaburan hak asasi manusia; TETAPI oleh kerana Amerika ada maka Malaysia sudi menjejakkan kaki sebagai pak turut sungguhpun ia bertentangan dengan ajaran agama masing-masing (tanpa kira baik-buruk, janji boleh panjangkan nyawa politik).

3. Andaikata, orang-orang yang ditahan mengancam keselamatan negara; seperti dahulu Ezam
(Pengerusi Gerak) dituduh memiliki senjata api, pemimpin Hindraf adalah agen Tamil Tiger dan lain-lain lagi; kenapakah tidak boleh menunjukkan bukti-buktinya.

Kenang kembali, dalam Kes Rompakan Kem Tentera Baterian 304 di Sauk pun pamerkan senjata yang dirompak, walaupun kejadian itu adalah satu kemaluan besar kepada pentadbir negara kerana Kem Tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan negara tidak mampu penjaga keselamatan diri.

Saya yakin, tidak ada sebab kenapa kerajaan tidak boleh tunjukkan bukti risikannya kerana hanya melalui cara inilah rakyat akan sendiri menolak kumpulan-kumpulan ini. Tidak perlukan gerakan politik untuk menyekat mereka; kecuali kerajaan samada tidak percaya dengan kewarasan rakyat (jika ini benar, maka mandat mereka juga tidak waras kut kerana dipilih oleh rakyat yang kurang waras); atau bimbangkan sesuatu yang akan 'tepuk air kena muka sendiri'?
































Janji Kekal Jadi Janji???

Manusia Hidup Pegang Kepada Janji. Kemudian, Manusia Mati Tinggalkan Nama, Harimau Mati Tinggalkan Belang.

Adalah menjadi naluri biasa manusia suka membuat janji-janji, di antara itu ada yang pegang kepada janji sebaliknya ada lebih banyak akhirnya 'janji tetap jadi janji'.

Sejauhmanakah penunaian janji adalah satu perkara yang subjektif, tetapi dalam jangka masa panjang; ingat kepada mereka yang cenderung kepada janji-janji kosong untuk mengais keuntungan khazanah negara akan dihakimi oleh rakyat dan Tuhan kemudian apabila dibangkitkan semula untuk pembicaraan.

Sejarah telah mencatatkan banyak penjanji kosong dikutuk berzaman-zaman. Oleh itu, tanpa mengira pemimpin mana-mana parti politik, sentiasa ingat akan perkara ini.