Ulasan YB Padungan - Sarawak
Dua hari yang lalu berkesempatan berbual dengan YB Padungan dan berikut adalah beberapa kesimpulan:
1. Mana-mana calon akan sukar untuk menang dalam pilihanraya, tanpa kerja-kerja perkhidmatan kawasan. Oleh itu, adalah tidak munasabah mana-mana bakal calon hanya bermimpi harapkan Durian Jatuh. Sikap ini patut dikikis serta-merta.
2. Pengurusan dan kepimpinan parti yang lemah, lembab dan sikap angkuh akan lebih memudaratkan motivasi penyokong dan pengundi.
Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab wajib kepada semua penyokong parti memantau dan mengkritik mana-mana pemimpin yang hanya kadar Melepaskan Batuk Di Tangga. Penyokong wajar terus mengkritik sehingga sikap mana-mana pemimpin itu berubah.
3. Kerja-kerja persediaan pilihanraya tidak boleh hanya bermula beberapa minggu sebelumnya. Ia mesti dilakukan melalui jadual dan perancangan jangka masa panjang. Rakyat akan menilai keikhlasan dan kesinambungan seseorang calon; sudah pasti rakyat akan menolak calon yang dianggap sebagai oportunis sahaja.
4. Sikap pemimpin yang terbuka, bertanggungjawab, aggressive dan dinamik adalah penting. Jika pemimpin tidak boleh ditegur, maka apa akan terjadi jika mereka diberikan mandat nanti? Jika penyokong parti tidak menyekat kumpulan ini, yang pasti mereka tidak ada perbezaan dengan ketua kerajaan yang sedia ada. Dengan itu, apa kelebihan pembangkang berbanding dengan pemerintah?
Ini merupakan satu pandangan yang waras demi pembangunan dan keutuhan partinya. Maaf kepada mana-mana pemimpin yang hanya rasa pedas jika dia termakan cili.
Maka, tepat masanya hari ini menjelang pilihanraya bagi anda semua membuat peniliaian terakhir, baik pemimpin, bakal, ketua-ketua tepuk dada tanya selera; sudahkah anda dan mampukah anda untuk terus memimpin mana-mana parti untuk menyahut cabaran pilihanraya umum dijangkakan tiba dalam tempoh yang singkat?
Berikut adalah panorama pandangan suatu sudut di kawasan Padungan.
Untuk maklumat lanjut tentang YB Ng sila layari: .
No comments:
Post a Comment