Tuesday, January 01, 2008

Tahanan Tanpa Bicara

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Malaysia membidas Amerika menjelaskan urusan Kem Tahanan Guantanamo baru berhak minta Malaysia mendakwa tahan ISA ke atas mahkamah.

Dalam ertikata lain, kenyataan ini seolah-olah:

[Sungguhpun Malaysia menjalankan kegiatan tahanan tanpa bicara, namun keadaannya masih lebih baik daripada amerika / Guantanamo.]

Dalam pada itu, kita sebagai seorang warganegara biasa kurang handal tektik "Tai-Chi" sepertimana orang politik selalu sendiwarakan. Maka, adalah lebih menyakinkan:

1. TPM menjelaskan apakah perbezaan tahanan tanpa bicara antara Kamunting dan Guantanamo.

2. Adakah TPM akui bahawa walaupun beliau sedar bahawa kewujudan Guantanamo adalah satu pencaburan hak asasi manusia; TETAPI oleh kerana Amerika ada maka Malaysia sudi menjejakkan kaki sebagai pak turut sungguhpun ia bertentangan dengan ajaran agama masing-masing (tanpa kira baik-buruk, janji boleh panjangkan nyawa politik).

3. Andaikata, orang-orang yang ditahan mengancam keselamatan negara; seperti dahulu Ezam
(Pengerusi Gerak) dituduh memiliki senjata api, pemimpin Hindraf adalah agen Tamil Tiger dan lain-lain lagi; kenapakah tidak boleh menunjukkan bukti-buktinya.

Kenang kembali, dalam Kes Rompakan Kem Tentera Baterian 304 di Sauk pun pamerkan senjata yang dirompak, walaupun kejadian itu adalah satu kemaluan besar kepada pentadbir negara kerana Kem Tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan negara tidak mampu penjaga keselamatan diri.

Saya yakin, tidak ada sebab kenapa kerajaan tidak boleh tunjukkan bukti risikannya kerana hanya melalui cara inilah rakyat akan sendiri menolak kumpulan-kumpulan ini. Tidak perlukan gerakan politik untuk menyekat mereka; kecuali kerajaan samada tidak percaya dengan kewarasan rakyat (jika ini benar, maka mandat mereka juga tidak waras kut kerana dipilih oleh rakyat yang kurang waras); atau bimbangkan sesuatu yang akan 'tepuk air kena muka sendiri'?
































No comments: