Thursday, November 19, 2009

Menggilap Harpan Rakyat Selangor

Pada 15/11/2009, Parti Keadilan Rakyat Selangor telah menganjurkan Konvensyen PKR di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam, Selangor.

Konvensyen ini dihadiri oleh 2,000 orang merupakan wakil daripada pemimpin cabang-cabang daripada seluruh Selangor. YB Dato Seri Anwar Ibrahim hadir sebagai ucap utama dan Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Ketua Majlis Pemimpin Negeri Selangor dan Menteri Besar juga ambil bahagian menggulung perbahasan majlis.

Matlamat utama konvensyen ini adalah untuk menggilap semangat dan hala-tuju pemimpin-pemimpin semua cabang daripada seluruh negeri siap sedia untuk:

1. hadapi serangan Barisan Nasional bersifat tohmahan politik.
2. sedia untuk hadapi pilihanraya ke-13 untuk menerajui kerajaan pusat di Putrajaya.


Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan mewakili Cabang Kota Raja sertai konvensyen ini.

Ahli Majlis Petaling Jaya En. Tang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang En. Lee bertemu dalam dewan.


ADUN Kota Anggerik YB Yakob Sapali selaku Ketua Cabang Puchong (kedua dari kanan) menemui penyokong-penyokong parti.
Barisan pemimpin tempatan daripada Cabang Kota Raja - DUN Sri Muda.


ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei (kiri) , bekas calon DUN Kota Anggerik 2004 Puan Animah Ferrar (tengah), Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya En. Cheah dan En. Koo daripada Cabang Kuala Selangor.

President PKR Yg. Berbahagia Datin Seri Wan Azizah, Dr. Faekah dan Ahli Majlis MBSA Dr. Daroyah (kanan).

Penyokong setia PKR bergambar kenangan depan banner konvensyen.

Peserta konvensyen memasuki dewan.

Ketibaan YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Panorama dalam Dewan Konvensyen.
Ahli Majlis Perbandaran Kajang En. Lee sedang membahas pembentangan konvensyen.


Wakil daripada Cabang Gombak sedang membahas.

Friday, November 13, 2009

Makan Bersama Tuan Yang Dipertua N.S

Pada malam 28/10/09, wakil daripada pejabat ADUN Sri Muda telah menhadiri majlis makan malam di Kuala Pilah Negeri Sembilan bersama DYMM Tuan Yang DiPertua Negeri Sembilan yang baru ditabalkan.


Antara sebahagian sumbangan rakyat Negeri Sembilan atas ketabalan Tuan sebagai Tuan Yang DiPertua Negeri baru.






Selain daripada majlis makan, persembahan pentas membayangkan kepelbagaian budaya di Negeri Sembilan dipersembahkan.






Pada peringkat penghujung majlis, persembahan bunga api selama 15 minit sebagai penutup majlis.


Majlis Makan di Chenderiang, Tapah, Perak

Pada malam 24/10/2009, Parti Keadilan Cabang Tapah, Perak telah menganjurkan satu majlis makan malam bersama rakyat di kawasan DUN Chenderiang (Tapah). Serentak dengan itu, ramai pemimpin Pakatan Rakyat telah meluangkan masa masing-masing untuk memberikan penerangan isu-isu semasa kepada penduduk dan pengundi di Pekan Chenderiang.

Sambutan luar biasa dengan kehadiran beribu-biru warga Perak kerana ingin menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat dan menolak kerajaan haram Perak hasil rampasan kuasa oleh Barisan Nasional.





Antara yang hadir termasuklah Naib Ketua Angkatanmuda Pusat / bekas calon pilihanraya 2008 Parlimen Tapah En. Tan Seng Toh dan bekas Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Datin Tan daripada Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja YB Lik Kang (tengah).

En. Tan Seng Toh sedang berikan ucapan menyeru rakyat terus sokong Pakatan Rakyat dan menghukum Barisan Nasional kerana melakukan Rampasan Kuasa kerajaan negeri Perak secara HARAM.


Menteri Besar sah Kerajaan Perak YB Dato Nizah turut hadir.

Datin Tan turut sumbang suara beri penerangan terkini kepada hadirin-hadiran.

Naib Presiden Perti Keadilan Rakyat Pusat selaku Ahli Parlimen Gopeng YB Dr. Lee Boon Chye hadir dan ucap bersama.

Menteri Besar Perak sah sedang berucap.

Walaupun hujan, ia tidak mematahkan semangat rakyat hadir beri sokongan kepada Pakatan Rakyat.

YB ADUN Teja berucap dengan penuh semangat.

Pemimpin bersama-sama menyalakan bunyi pembukaan majlis makan malam.