Friday, November 13, 2009

Majlis Makan di Chenderiang, Tapah, Perak

Pada malam 24/10/2009, Parti Keadilan Cabang Tapah, Perak telah menganjurkan satu majlis makan malam bersama rakyat di kawasan DUN Chenderiang (Tapah). Serentak dengan itu, ramai pemimpin Pakatan Rakyat telah meluangkan masa masing-masing untuk memberikan penerangan isu-isu semasa kepada penduduk dan pengundi di Pekan Chenderiang.

Sambutan luar biasa dengan kehadiran beribu-biru warga Perak kerana ingin menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat dan menolak kerajaan haram Perak hasil rampasan kuasa oleh Barisan Nasional.





Antara yang hadir termasuklah Naib Ketua Angkatanmuda Pusat / bekas calon pilihanraya 2008 Parlimen Tapah En. Tan Seng Toh dan bekas Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Datin Tan daripada Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja YB Lik Kang (tengah).

En. Tan Seng Toh sedang berikan ucapan menyeru rakyat terus sokong Pakatan Rakyat dan menghukum Barisan Nasional kerana melakukan Rampasan Kuasa kerajaan negeri Perak secara HARAM.


Menteri Besar sah Kerajaan Perak YB Dato Nizah turut hadir.

Datin Tan turut sumbang suara beri penerangan terkini kepada hadirin-hadiran.

Naib Presiden Perti Keadilan Rakyat Pusat selaku Ahli Parlimen Gopeng YB Dr. Lee Boon Chye hadir dan ucap bersama.

Menteri Besar Perak sah sedang berucap.

Walaupun hujan, ia tidak mematahkan semangat rakyat hadir beri sokongan kepada Pakatan Rakyat.

YB ADUN Teja berucap dengan penuh semangat.

Pemimpin bersama-sama menyalakan bunyi pembukaan majlis makan malam.



No comments: