Wednesday, May 28, 2008

Budaya Malaysia Baru?





Sunday, May 11, 2008

Suara Rakyat dan Meriam Air

Semalam semua lairan media cetak dan pandang-dengar melaporkan kerajaan pusat Barisan Nasional sudah sudi berunding dengan semua syarikat konsesi lebuhraya meliputi 22 lebuhraya pada keseluruhannya.

Kenang kembali bekas Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Sungai Siput dahulu setiap kali mengulas, dengan nada yang angkuh berdolak-dalih bahawa "Kontrek Sudah Sign" tidak boleh buat apa-apa. Jika harga tol tidak naik, kerajaan wajib bayar ratusan juta ringgit sebagai pampasan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya yang baru pula menyatakan harga tol syarikat konsesi juga tertakluk kepada "vulume aliran kenderaan".

Nyata kenyataan 2 orang Menteri sama-sama dari Barisan Nasional terbukti bercanggah. Nescaya, rakyat ingin tahu kenapakah menteri dahulu saban tahun memberikan alasan yang salahpandukan rakyat?

Sungguhpun Menteri Kerja Raya baru membuat kenyataan sedikit lebih munasabah; namun demikian, tetapi tingkah-laku kerajaan pusat dalam menangani masalah penutupan jalan di Cheras amat mendukacitakan.

Daripada kejadian minggu ini, di mana seorang Ahli Parlimen Segambut telah dibelasah dan dipukul oleh pasukan keselamatan berunifom yang sepatutnya menjaga keselamatan masyarakat.

Dukacitanya, sekali lagi kerajaan pusat Barisan Nasional masih mengulang memperalatkan pasukan berunifom untuk menindas suara rakyat.



Perlu diingatkan kepada kepimpinan semua kerajaan pusat mahupun negeri, keputusan pilihanraya ke-12 jelas berikan isyarat bahawa Rakyat Sudah Insaf dan Bangun. Rakyat akan menolak mana-mana kerajaan yang zalim, yang menggadai kepentingan awam melalui kertas undi pada waktu pilihanraya.

Rumusan yang boleh diringkaskan di sini adalah, nyata Barisan Nasional masih kekal dengan budaya sombong mereka tanpa memperhiraukan rintihan dan kesusahan rakyat. Pemimpin Barisan Nasional perlu ingat dan kaji diri:

a. Kenapakah mereka tidak mahu selesaikan masalah ini melalui meja rundingan? Adakah mereka takutkan bayang sendiri?

b. Kenapakah memperalatkan pasukan berunifom untuk bertindak ganas ke atas anak rakyat sendiri, termasuk ahli Parlimen? Bagaimanakah mereka boleh jelaskan mereka tidak berat-sebelah?

c. Yang penting adalah sejauhmanakah pemimpin Barisan Nasional sudah insaf akan kesilapan mereka yang mengakibatkan mereka kalah di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan? Jika mereka insaf, mengapakah masih bersikap seperti dahulu (tidak berubah)?

Lantaran itu, wajib untuk semua pemimpin kerajaan menjawab:


Adakah Meriam Air boleh menutup ketidakpuasan rakyat? Tembakan Meriam Air merupakah saluran penyelesaian yang terbijak?

Tuesday, May 06, 2008

Perasmian Pusat Khidmat Rakyat PJS

Pada 03/05/08 pukul 5.00 petang, satu lagi pusat khidmat rakyat wakil Parti Keadilan telah dirasmikan.

Hari ini, pejabat ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan YB Hee Loy Hian telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Yang Berbahagia Tuan Syed Hussin Ali.

Majlis meriah ini juga turut dihadiri oleh ramai rakan-rakan dan penyokong-penyokong PKR, termasuk wakil media.