Wednesday, November 04, 2009

"Diam, Tidak Saya Akan Rogol Kamu...."

Dalam majlis dialog bersama penduduk Sek 23 berkaitan perpindahan Kuil Hindu yang telah dipolitikan dan diperkauman oleh pembangkang Selangor, ADUN Batu Tiga YB Rodziah Ismail telah diugut rogol dengan kata-kata kesat yang menjijikan. Lanjutan daripada itu, terdapat juga tokoh-tokoh tambah dalam blog individual yang perli umur beliau.

Oleh kerana itu, dengan sokongan pemimpin wanita dan kerajaan negeri Selangor, beberapa laporan polis rasmi telah dibuat pada pagi 11/09/09 di IPD Shah Alam Sek 11.

Warganegara yang sihat dan siuman otak pasti tidak akan berbuat demikian, maka laporan beliau mendapat sokong ramai.


YB Rodziah sedang menaip laporan polis beliau.


YB Zuraida Ahli Parlimen Amapang dan YB Dr. Siti Mariah Ahli Parlimen Kota Raja juga hadir berikan sokongan sambil kutuk ancaman keji itu.

Oleh kerana kejadian ini berlaku dalam kawasan Parlimen Shah Alam, demi kebenaran dan keadilan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad tidak memencilkan diri daripada bercakap benar.

ADUN Subang Jaya YB Hanna Yeoh hadir sama dalam sidang media di luar balai IPD Shah Alam.

ADUN Rawang YB Gan Pei Nie sokong bersama dan kutuk ancaman rogol ke atas pemimpin wanita adalah keji dan kejam yang patut dikutuk oleh semua pemimpin politik.

YB Gan dan YB Hanna Yeoh suarakan sokongan dan pandangan mereka.

Exco Kerajaan Selangor YB Elizeberth Wong dan Timbalan Speaker Dewan YB Haniza juga hadir bersama dengan YB Rodziah dalam balai.

Ahli Majlis MBSA selaku Bendahari Pusat PSM En. Sivarajan sedang bincang sesuatu dengan YB Rodziah.

Naib Ketua Angkatanmuda Pusat Parti Keadilan Rakyat En. Khairul Anwar turut serta membuat laporan yang sama atas ugutan keji itu.

ADUN Kota Damansara YB Dr. Nasir dan Ahli Majlis MBSA En. Uthayasorian juga hadir berikan sokongan kepada YB Rodziah membuat laporan, semoga pihak berkaitan akan membuat siasatan lanjut serta membuat dakwaan kepada pengugut berkenaan yang memalukan nama negara.

YB Dr. Nasir, En. Sivarajan dan En. Uthayasorian bersama dalam balai Sek 11.

Salianan laporan.


No comments: