Benar – Jika Semua Ikut Undang-undang
Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Penerangan UMNO menyatakan XXXXXXX dapat dielak jika undang-undang dipatuhi.
Dengan itu, saya ingin menyatakan sokongan saya kepadanya yang pernah berdebat dengan Ketua Pengarang Malaysia Today sebelum ini:
1. Penubuhan Audit Negara dapat dielakan jika undang-undang dipatuhi. Ini kerana memang tidak ada penipuan dan penyelewengan akan berlaku oleh ketua-ketua kerajaan dan menteri-menterinya. Maka perbelanjaan tidak perlu diaudit lagi, seterusnya menjimatkan belanja pengurusan Audit Negara juga.
2. Pertuduhan di antara Timbalan Menteri keselamatan Dalam Negeri dengan Ketua Polis Negara dapat dielak jika SEMUA ORANG TIDAK MERASUAH DAN KORUP. Memang perkara ini tidak akan berlaku jika mereka patuh kepada Akta Pencegahan Rasuah, bukan saling bantu-membantu pakat tutup penyelewengan masing-masing. (Laporan di bawah ini)
3. Kejadian pegawai tinggi polis miliki harta RM27,000,000.00 (27 juta) dapat dielak jika undang-undang dipatuhi. Ia merujuk kepada Akta Polis dan Akta Pencegahan Rasuah. (laporan di bawah ini)
4. Ancaman membunuh dapat dielak jika undang-undang dipatuhi. Selepas hampir semua Menteri memporak-perandakan isu Negarakuku dengan berbagai-bagai ancaman, kutukan, ugutan, hasutan dan sebagainya. Kini, isu ini lenyap, ia boleh dielakkan jika sejak permulaan lagi ia diuruskan ikut undang-undang.
Kepada sesiapa yang salah, baik bunuh, bom mayat, rasuah dan korup, menipu, melarikan anak perempuan orang, membakar bendera, membuat video di youtube ..... patut dibicarakan secara terbuka dengan adil berasaskan fakta dan bukti; bukan ikut kehendakan pemimpin berkepentingan politik perkauman.
Dalam isu ini, apakah pendirian kerajaan dan Menteri yang pernah heboh-heboh sebelum ini ke atas ancaman cuba membunuh oleh sekumpulan orang kepada pengubah lagu Negarakuku? Kerajaan setuju dengan cara penyelesaian ini? Kenapa pula membisu?
No comments:
Post a Comment