Sunday, September 02, 2007

Pencinta Negara

Ekspedisi Solo Zainuddin menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia sambil membawa memorandum “Merdeka dari Rasuah” kepada semua Menteri Besar / Ketua Menteri telah disempurnakan pada 30/08/2007 di Pejabat Perdana Menreri pukul 4.00 petang (rujuk kepada karangan dan gambar sebelum ini)



Pengorbanan Zainuddin dengan motosikalnya dihiasi cantak, merempuh hujan-panas, mengharungi keletihan dan mengorbankan masa kerjanya tidak mendapat liputan yang minima pun.

Terimbas dalam fikiran saya sebaik saja melihat gambar ini yang dipetik oleh banyak syarikat akhbar. Saya bukan mempersoalkan keikhlasan tuan punya skuter ini. Cuma untuk membicarakan:

Adakah dengan mengecat corak bendera dan bekas Ketua Negara itu dipermukaan tempat duduk (di bawah punggung ketika menunggang) itu satu cara penyampai yang secocok?

No comments: