Sunday, September 09, 2007

Menteri Adu MSN Kepada BPR

Ekoran daripada Menteri Belia dan Sukan mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian merujuk aduan penyelewengan Majlis Sukan Negara kepada Badan Pencegah Rasuah; Saudari Yap Yee Yin telah menghadirkan diri di Ibu Pejabat BPR, Putrajaya pada hari jumaat yang lalu (7/9/07) pada pukul 11.00 pagi.

Yap telah menemui Pn Razaliah Bt. Abd. Rahman, Ketua Unit Siasatan, BPR Putrajaya. Pada penemuan itu, Yap telah menyerahkan beberapa bukti rekod yang berkaitan kepada Pegawai Penyiasat.

Kita wajar memuji keberanian Menteri Belia dan Sukan merujuk perkara ini untuk disiasatan dengan rapi, agar satu keadilan patut diberikan kepada semua pihak berasaskan bukti dan kenyataan.

Begitu juga dengan kepintasan BPR memanggil Yap untuk melanjutkan siasatan sepertimana dikehendaki oleh Menteri sendiri.

Berikut adalah beberapa sedutan pada hari tersebut:

Cik Yap mengadakan perbincangan awal dengan Pengerusi dan wakil Gerak sebelum bertolak ke Putrajaya.


Cik Yap diiringi oleh Pengerusi Gerak Negeri Selangor, SD Johari meninggalkan BPR selepas penyerahan bukti.


Keadaan Cik Yap ditemuduga oleh wakil media.


Laporan Sin Chew Jit Poh - mukasurat pertama bersama gambar berwarna.



Laporan The Star


Laporan Nanyang Siang Pau dan NST.


Nama Pegawai Penyiasat.

No comments: