Seorang Setiausaha Agung Bodoh Politik
Amat meneranjatkan ketika membaca kenyataan Setiausaha Agung sebuah parti pembangkang yang berangan-angan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam konteks kerjasama, sebagai seorang pemimpin kanan mewakili sebuah parti yang kononnya mengelar diri sebagai parti pembangkang terbesar boleh mengeluarkan kenyataan bahawa “persetujuannya dengan Keadilan adalah hanya de factor Keadilan, President Keadilan dan Setiausaha Agong (beliau sendiri) sahaja boleh membuat kenyataan rasmi; ia tidak mengahdkan kepada kenyataan bilangan dan nama kawasan yang akan ditandingi”.
Memang benar, mungkin persetujuan mereka tidak menyebut tentang kenyataan menamakan kawasan Parlimen atau DUN secara tersurat; namun sedemikian, sebagai seorang pemimpin yang waras pasti tidak akan melakukan sebarang tingkah-laku yang boleh mencederakan rakan seperjuangan; KECUALI Setiausaha Agungnya hanya kadar ingin menjadikan Keadilan sebagai batu loncatan untuk suatu MUSLIHAT yang terselindung di sebalik batu.
Untuk makluman saudara/I budiman, 2 hari yang lalu beliau telah memberitahu media bahawa kawasan-kawasan sebutanya semua menjadi hak-milik mereka kerana ini tersebut daripada mulut Setiausaha Agong (China Press), keputusan ini muktamad dan tidak akan bertolak ansur kepada sesiapa pun.
Dalam temubual dengan media, beliau telah menyebut nama-nama kawasan yang tidak pernah atau bukan atau pernah dijual-belikan oleh wakil mereka pada tahun 2004. Contohnya Parlimen Segambut, Puchong, PJU, PJS & Dun Rawang.
Sepertimana yang disentuh dalam kenyataan Timbalan Pengerusi Negeri Selangor Parti Keadilan, umpamanya wakil parti tersebut telah menghilangkan diri pada saat-saat akhir pencalonan untuk kawasan DUN Rawang dan Subang Jaya. Kawasan ini juga menjadi rebutan mereka, namun sebab-sebab pengecutan hanya mereka sahaja yang fahu. Tepuk Dada Tanya Selera, saudara/I budiman fakir sendirilah kenapa mereka berbuat demikian….
Sebagai seorang rakan setia, pasti faham akan kepentingan untuk menyelesaikan rundingan peragihan kerusi secara tertutup, sengaja ingin menjadi hero (wira) akan membawa parah kerana Menang Jadi Arang, Kalah Jadu Abu.
Adakah beliau tidak faham akan falsafah ini?
Apa muslihatnya berbuat demikian sehingga sangguh menggadai kepentingan rakannya?
Adakah ini suruhan pihak ke-tiga? Siapa pihak ke-tiga itu?
Perpatah juga menyebut: Ukur Baju di Badan Sendiri. Ingat, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke bumi juga, kerana janganlah kamu bermimpi-mimpi boleh menjadi Ketua Menteri TANPA kerjasama daripada parti-parti yang lain. Sebaliknya jika kamu mampu, kenapa sudah puluh tahun merdeka, masih ME-REKA mimpi-mimpi sahaja? Kalau ingatkan sudah cukup matang kenapa masih menjadi pembangkang sahaja hari ini?
Sebagai rakan yang karib, PERKONGSIAN sumber dan hasil itu amat penting sekali. Jika sekadar hanya ingin menjadi juara sesuatu kaum sahaja, malap harapan parti itu. Oleh kerana itu, dalam usaha mengutuk parti perkauman BN oleh Ahli Parlimennya, Setiausaha Agung Pemuda MCA telah melontarkan cabaran untuk mereka bertanding di Terengganu, jika mereka angkuh dengan sedikit tenaga yang dimilikinya.
Beranikah cabaran ini disahut demi untuk membuktikan kepada Pemuda MCA mereka benar-benar berkarisma untuk segenap lapisan masyarakat majmuk Malaysia? Jawapan sudah tahu... Tepuk Air Kena Muka Sendiri hari ini.
Dengan sikap yang angkuh, sombong dan hidung tinggi sebegini boleh kita mengharpakannya menjadi seorang ketua kerajaan yang peramah jika ditakdirkan mereka menang nanti?
Menang Bersorak, Tapi Kelabu Terbakar! Beginilah perangai dan sikap seorang Setiausaha Agung Politik yang boleh anda menaruh harapan?
No comments:
Post a Comment