Sunday, September 16, 2007

Impian Bulan Ramadhan

Dua hari yang lalu, saya menerima email daripada seorang kawan mengucapkan Salam Ramadhan walaupun beliau sedar saya bukan beragama Islam.

Namun demikian, saya tetap gembira kerana bermula daripada diri kita boleh melangkaui batasan agama dan kaum. Penerapan nilai-nilai murni wajar digalakan. Ini kerana semua agama hanya mengajar penganutnya bekerja amal, baik, prihatin dan sebagainya.



Menerusi bulan puasa ini, pada fahaman saya (kalau salah tolong kasi tau lah) bulan puasa adalah satu bulan di mana Islam menyeru penganutnya menginsaf akan kesusahan orang lain, membersihkan kerohanian individual sambil bertekad untuk menjadi seorang individual yang lebih sifat menyumbang kepada masyarakat dan negara.



Lantaran itu, sebaik sahaja merenung logo BERSIH yang disampaikan oleh rakan yang sama; saya mendoakan agar selepas bulan Ramadhan ini boleh menginsafkan semua pemimpin kerajaan, persatuan, parti-parti politik agar:

a. Jauhi sebarang sifat "kemunafikan politik" seperti kata orang kampung - cakap tidak serupa bikin.

b. Benar-benar bertekad memerangi korupsi menghilangkan wang rakyat. Semua penyelewengan termaktub dalam Laporan Audit Negara patut disiasat dan dihukum sesiapa yang sengaja pecah amanah.

c. Tidak ulangi kezaliman, penindasan, ugutan dan kecaman kepada golong yang daif ataupun tidak berpendapat sehaluan dengan orang berkuasa.

d. Menjaminkan satu proses pilihanraya yang telus, adil dan bersih daripada sebarang penipuan, kecurangan, kedustaan, berat-sebelah serta kebebasan media yang telin.

e. Asas mana-mana agama pun tidak membeza-bezakan manusia ikut perkauman; dengan itu adalah tidak memudaratkan sebagai seorang yang ikhlas biar kita sama-sama bertekad mengharamkan semua parti-parti politik perkauman yang sentiasa mencetuskan ketegangan.

Anda setuju dengan harapan saya?

No comments: