Monday, July 20, 2009

SPRM & Kes Mendiang Teoh Beng Hock

Pada pukul 10.00am 17/07/09, semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah mengejar kepada ibu pejabat SPRM Negeri Selangor, iaitu Plaza Masalam tempat kematian mendiang Teoh Beng Hock yang sepatutnya hanya dipanggil untuk mengambil kenyataan sebagai saksi.

Kes ini melibatkan pembelian 1,500 keping bendera Malaysia bernilai RM2,400.00 oleh ADUN Sri Kembangan YB Au Yong sempena Hari Kemerdekaan 2008.

Atas kematian misteri dan mendadak saksi SPRM, ribuan rakyat telah berkumpul di tempat kejadian misteri menuntut kejelasan daripada SPRM.

Dukacitany. himpunan sementara menunggu pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, iaitu YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Khalid Ibrahim, YB Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng, YB Zulkifli, YB Dr. Rani dan lain-lain; 7 orang telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan Sek 27, Akta Polis.

Kesemua tahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Shah Alam untuk diambil kenyataan. Mereka telah diikat jamin lisan bernilai RM2,000.00 setiap orang.

YB Elizeberth Wong Exco kerjaan Selangor sedang mengiringi rakan lain berjalan keluar daripada balai Sek 11, Shah Alam selepas diikat jamin.


Di antara orang ditahan termasuklah Ahli Parlimen Kapar YB Manikawasagam dan Exco Kerajaan Selangor YB Dr. Xavier Jayakumar sedang berikan kenyataan akhbar di luar balai Sek 11.

Pembantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan YB Hee, En. Loke mempamerkan surat ikat jamin di depan pintu masuk balai Sek 11.


No comments: