Saturday, July 25, 2009

Tandatangan Keadilan Untuk Beng Hock

Dato' Chua Jui Meng, bekas Naib President MCA Pusat merangkap bekas Menteri Kesihatan Malaysia telah mengumumkan penyertaannya di Hotel Sunway pada petang 18/07/09.

Sempena dengan majlis tersebut, satu kempen mengumpul tandatangan orang awam mendesak kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penyiasat untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock selepas beliau tahan oleh SPRM Selangor sebagai saksi.

Kempen ini berjaya mengumpul 1,000 tandatangan dalam tempoh masa setengah jam sahaja.

En. Kamaruzaman, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut hadir dan berikan sokongan tandatangan.

Ahli-ahli Pasukan Keadilan yang diketuai oleh Sdr. Lee Kai Loon, Ketua Penerangan Angkatanmuda PKR sedang aktif merayu sokongan orang ramai.

YB Elizeberth Wong dipelawa gambar bersama dengan romobngan daripada DUN Sri Muda.

YB Gan Pei Nie, ADUN Rawang tidak ketinggalan turunkan tandatangannya sebagai tindakan sokongan.

YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang merangkap Bendahari PKR Pusat juga ringan tulang bertandatangan.

Kenangan Ahli-ahli Pasukan Keadilan gambar berkumpulan dalam Hotel Sunway selepas majlis penyistiharan Dato' Chua Jui Meng menyertai PKR.

No comments: