Pada 13 & 14 Julai 2009, Dewan Undangan Negeri Selangor telah bersidang semula bagi sesi penggal ke-dua.
Dewan pada kali amat jauh berbeza banding dengan pentadbiran dahulu, di mana dewan pada kebiasaannya hanya bersidang 1 hari sahaja untuk 1 penggal (kecuali hari perasmian). Sebaliknya, dewan ini di bawah pentadbiran kerajaan baru telah bersidang lebih daripada seminggu. Tujuannya adalah untuk memberikan ruang perbahasan yang mencukupi kepada semua wakil-wakil rakyat atas semua rang undang-undang dikemukakan oleh kerajaan negeri, serta soal-jawab yang mendalam.
Sinario ini tidak pernah berlaku sebelum 08/03/08 ketika pentadbiran Barisan Nasional.
Speaker Dewan YB Teng dan YB Haniza sedang mengadakan sidang akhbar menjelaskan salah tingkah-laku seorang ahli dewan melanggar Peraturan Newan.
Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Menteri Besar Cik. Ginie Lim turut hadir bersama dalam sidang akhbar.
Sidang akhbar 7 orang ADUN iaitu YB Elizeberth Wong, YB Au Yong, YB Teressa Kok, YB Hanna Yeoh, YB Edward, YB Dr. Cheah & YB Lau Weng San mendedahkan tindakan pilihan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengganggu menerima peruntukan kerajaan negeri, termasuklah jawatankuasa surau.
YB Nik Nazmi, YB Hanna Yeoh & YB Amiruddin mendedahkan arahan Menteri Penerangan membatalkan jemputan daripada kementerian menyertai satu program wawancara.
Sudut tempat duduk pembangkang daripada ADUN-ADUN Barisan Nasional majoritinya kosong. Ini terbukti mereka kurang minat menghadiri mesyuarat Dewan.
No comments:
Post a Comment