Oleh kerana sebahagian pemimpin dan orang awam yang ditangkap oleh polis di Kuala Lumpur pada 01/08/09 kerana ingin menguarakan bantahan atas Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Polid DiRaja Malaysia menahan sesiapa:
Seksyen 73: selama tidak lebih daripada 60 hari untuk siasatan.
Seksyen 8: dihantar ke Kem Tanahan Kamunting tidak lebih daripada tempoh 2 tahun bagi setaip arahan tahanan; dan perintah tahanan ini boleh diperbaharui selagi Menteri Dalam Negeri rasakan perlu.
Kawan-kawan orang ditahan tidak kira panas matahari dan malam tetap berkumpul depan balai untuk berikan sokongan moral kepada kawan-kawan ditahan.
Kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, wahai janganlah antara kamu sendiri bersengketa.
Adakah anda memahami dan menghargai pengorbanan orang ramai yang tidak pernah menuntut pulangan berikan sokongan kepada anda atas prinsip Keailan???
Bukalah mata anda, lihat kesengsaraan penyokong anda.
Bukalah telinga anda, dengan pengorbanan penyokong anda.
Bertindak tangan anda, dengan membantu penderitaan penyokong anda.
Bukalah minda anda, jangan kerana nyamuk seekor bakar kelambu anda.
Insaflah fikiran anda, jangan lompat-lompat parti mendehaka kepada rakyat anda.
No comments:
Post a Comment