Sepertimana dunia tahu melalui pengumuman kerajaan pusat dan Polid DiRaja Malaysia bahawa perhimpunan pada hari 01/08/09 di ibu negara Kuala Lumpur tidak berpermit mengikut Seksyen 27, Akata Polis 1976.
Selepas dihujani gas pemelih mata dan air pecutan, orang ramai lari berketempiran.
Laluan Jalan Raja Laut telah ditutup, yang muncul hanyalah kenderaan berwarna merah sahaja.
Jejantas sebelum Sogo dipenuhi orang awam, ada yang hanya ingin menonton, ada yang ingin sokong Gerakan Mansuh ISA (GMI), ada pemberita sibuk mengambil gambar, ada orang sedang ditahan oleh polis dan tidak kurang ramai juga polis tidak beruniform membuat risikan.
Seorang yang tidak dikenali sedang ditangkap oleh polis, kebetulannya dia berpakaian merah.
Romobngan pemberita sibuk mencari berita sensasi.
Seperti dahulu, pihak tertentu akan mengarahkan station kenderaan awam ditutup @ tidak berkhidmat pada hari rakyat ingin bersuara. Station Bandaraya terbukti dikunci untuk gunaan orang awam. Begitu juga dengan station Masjid Jamed turut dihentikan perkhidmatannya.
Sebahagian daripada tangkap telah dihantar ke lokap Balai Bukit Jalil selama 2 @ 3 hari, mereka termasuklah YB Sivarasa, Ahli Parlimen PJ Selatan di mana akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin setelah berehat 2 malam dalam lokap.
No comments:
Post a Comment