Wednesday, October 31, 2007

Nasib Orang Miskin Ditindas Lagi!

Sudah 1 tahun berlalu, masih ada puluhan keluarga penghuni Kg Berembang menumpang ahli-ahli keluarga di bawah bangsar plastik di sebelah kampung pusaka mereka yang sudah menetap puluhan tahun.

Dengan merenung nasib penduduk Kg Berembang, hampir kesemuanya orang Melayu amat menyedihkan; terutamanya melihat bayi, budak kecil sekolah berteduh di bangsar yang lebih buruk daripada setinggan pendatang haram Indonesia.





Semalam juga merupakan hari bersejarah bagi Kg Rimba Jaya yang juga terletak di dalam negeri maju Selangor yang ditadbir bawah Sistem Islam Hadhari.

Memang benar kegagalan penduduk kampung mempertahankan rumah bangsar mereka melalui saluran pembicaraan mahkamah. Namun, dada lapang pemimpin besar negara kononnya perjuang nasib rakyat tidak wajar mengambil sikap dendam ke atas golongan miskin ini.

Kepada mereka yang berada serta berkuasa menghuni dalam Mahligai seperti di Klang, cubalah fikirkan golongan yang miskin dan daif. Selain daripada mendoakan bantuan kepada Tuhan untuk menguatkan semangat teruskan hidup, golongan ini tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dibanggakan seperti anda!



Sungguhpun mahkamah tidak memihak kepada penduduk kampung, adakah boleh manusia mengambil kesempatan untuk bertindak sesuka hati tanpa sedikitpun perasaan simpati seorang manusia biasa?

Selain daripada bangsar-bangsar buruk, rumah papan yang memang "bocor sana-sini" itu tidak bernilai berapa, apa yang orang kampung minta hanyalah satu tapak teduhan hujan dan angin untuk merehat semata-mata. Tempat ibadat seperti Surau dan Kuil Hindu juga tidak terlepas daripada nasib malang ini.


Saya belum berpeluang menjadi Menteri, Menteri Besar ataupun EXCO Kerajaan Negeri, barangkali saya juga tidak faham akan kesusahan mentadbir negara/negeri. Namun sedemikian, adakah ini boleh dijadikan kunci kebenaran untuk bertindak secara kekerasan; terutamanya penempatan semula tempat suci bersmebayang untuk apa jua agama pun?

Kepada mereka yang berganas, tidakkah anda takuat dan hormat lagi dengan Tuhan lagi? Adakah penghormatan ke atas agama itu hanya 'jadi sebutan' sahaja tanpa praktik?

Memang benar, ia terpulang kepada individual untuk mentafsir penghormatan kepada Tuhan sepertimana yang termaktub dalam RUKUNEGARA yang berbunyi KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Cuba nanti di satu lagi dunia lain biar Tuhan yang menghakimi semua tingkah-laku manusia, kecuali beliau tidak mempunyai kepercayaan apa-apa agama.

Tidakkah masih ada ruang runding untuk selesaikan masalah orang miskin sambil menjaga kepentingan syarikat pembangunan? Kenapakah saluran rundingan atau "musyawarah" tidak guna pakai? Kerana penduduk kampung keras kepala? Kerena syarikat pemaju angkuh dengan kegagalan penduduk dalam prosiding mahkamah? Kerana kerajaan enggan ambil tahu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

No comments: