Wednesday, October 17, 2007

Jika Saya Adalah "Junta"

Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ibrahim Gambari ke Burma/ Myanmar sedang dalam lawatan ke negara-negara Asia Tenggara meminta kerajaan ASEAN (termasuk Malaysia) lebih tegas dalam isu pemcabulan hak asasi manusia di Myanmar.


Ibrahim tegaskan, kadar hanya mengeluarkan kenyataan sedih tidak akan membantu memdesak Junta mendamai.

Dalam isu ini, jika saya adalah Junta, saya akan tanya balik kepada wakil kerajaan ASEAN, khasnya Malaysia beberapa soalan sebelum memulakan perbincangan:

1. Memorandum Pemuda Barisan Nasional kepada kedutaan saya di Kuala Lumpur meminta 6 perkara asas (rujuk kepada karang saya sebelum ini), adakah kerajaan kamu sendiri sudah memenuhi syarat-syarat dan permintaan Pemuda Barisan Nasional sendiri?

2. Adakah kerajaan kamu sendiri juga selalu membuat tangkap orang politik tanpa bicara? Jikalau kamu boleh menangkap tanpa bicara, kenapa kamu kutuk saya pula?

3. Adakah kerajaan kamu memberika kebebasan bersuara kepada rakyat kamu? Perdana Menteri kamu kata ingin dengar kata benar, tetapi Menteri Penerangan kamu kata kenyataan PM itu hanya tuju kepada pemimpin komponen BN, media-massa tidak termasuk dalam hasrat PM? Adakah ini satu keadilan dan kebebasan?

4. Adakah polis kamu juga sentiasa memukul rakyat / warganegara kamu sendiri kononnya mereka tidak mendapat permit polis untuk berhimpun. Atas prinsip yang sama, penunjuk perasaan di Myanmar juga tidak mendapat permit polis, apa bezanya?

5. Adakah kerajaan kamu membenarkan kebebasan beragama sepenuhnya ketika kamu menuduh saya menindas kumpulan tertentu yang berkebetulan bukan beragama Buddha?

Sila fikir baik-baik wakil kerajaan ASEAN sebelum cuba berhujah di depan Junta, nanti pisau makan sendiri!!!

Mungkin oleh sebab kepintaran Junta berdebat, maka wakil kerajaan ASEAN terus membisu mengakibatkan Ibrahim Gambari terpaksa mengueluarkan kenyataan ini.

No comments: