Monday, October 01, 2007

Pilihanraya Universiti ala Islam Hadhari

Kemenangan Perwakilan Pelajar oleh Kumpulan Pro-Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa tahun telah menjatuhkan cermin mata kerajaan Islam Hadhari, kerana mereka terperanjat dengan kegagalan usaha mereka yang ditanamkan melalui Biro Tatanegara serta kewangan.


Oleh yang demikian, lanjutan daripada itu, pentadbir UPM telah mengatur langkah pro-aktif lebih awal melalui RAMPASAN SIANG ala rompakan peralatan computer seorang pelajar tahun 1 berasal daripada Sabah.

Kebangkaitan mahasiswa tanpa mengira kaum di UM telah menampakkan harapan Malaysia. Dukacitanya, kumpulan ditaja oleh Pentadbir pula melaung-laungkan slogan:

Pelajar Cina mesti undi calon Cina.

Jangan calon Cina lawan calon Cina.

Cina mesti bersatu.

Saya hairan, kenapa pentadbir boleh menaja kumpulan calon berfikiran sempit perkauman? Adakah ini memang aturan BN untuk meneruskan Divide & Rule?

Kenapa tidak penaja universiti membawa slogan:

Mahasiswa Malaysia Bersatu.

Pilih calon ynag ikhlas & jujur tanpa mengira kaum.

Mahasiswa pengharum nama universiti.

Semalam hamper 20 calon telah disaman oleh pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk penerangan mengapa menggunakan Video Youtube sebagai salah satu saluran campaign.

Barangkali pilihanraya universiti ala Islam Hadhari DILARANG memperkenalkan diri melalui salur IT sepertimana dipromosikan di bawah skim MSC dan MyICMS886 Kementerian Tenaga, Air dan Multimedia.

Berikut adalah gubahan kritiviti pelajar menggambarkan Sistem Keadilan Pilihanray yang tidak jauh beza dengan urusan SPR.

Barisan Nasional Boleh!

Dengarlah lagu ini: http://www.youtube.com/watch?v=3kG9Emht1Ig

No comments: