Monday, October 29, 2007

Sejauhmanakah Keikhlasan Kerajaan?

Dalam insident rakaman video menjual-beli sistem kehakiman, hari ini telah sah membuktikan ketidak-mampuan Panel 3 Orang gagal berfungsi.

Panel ini boleh dinilai melalui:

a. Ketiadaan saksi tampil ke depan kerana tidak yakin dengan keupayaan dan keneutralan ahli-ahli panel.

b. Akibat daripada (a) di atas Panle ini hanya bergantung kepada laporan BPR. Sepertimana dibahaskan oleh Wakil Kota Bharu di Dewan Rakyat semalam, penbuhan Panel ini telah mengakibatkan pertindihan antara fungsi BPR dan Panel. Kenapakah BPR perlu melapor kepada Panel ini?

Ini satu perkara serius kerana BPR berfungsi di atas Akta Pencegahan Rasuah, manakala Panel ini hanya lantikan ad-hoc yang tidak mempunyai status perundangan. Panel ini berfungsi atas undang-undang mana?



Lantaran itu, kerajaan memaksa BPR melaporkan kepada Panel ini sekali lagi membuktikan:

a. BPR memang tidak berkecuali selama ini. Maka, mereka terikat dengan arahan Kabinet untuk TUNDUK kepada Panel ini.

b. Kerajaan dan BPR sendiri telah mencabuli Akta Pencegahan Rasuah sendiri. Sepertimana yang termaktub dalam Perkara 52 (merasiahkan identiti menyampai maklumat), hari ini laporannya diserahkan kepada Panel, maka ia sudah melanggari peruntuk Akta tersebut.



Sepertimana telah saya katakan tadi Panel ini tidak ada "lotus-standi" untuk memaksa BPR melanggari etika BPR. Malahan kuasa Mahkamah juga tidak boleh bertindak melampaui Perkara 52 sebagai komitmen membanteras korupsi di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Dalam pada itu, semalam Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa polis boleh memberikan perlindungan terhadap perakam video.

Dukacita sekali lagi, pihak pembongkar video ini gagal sekali lagi menerangkan kepada masyarakat akan perbezaan makna perlindungan lisan Perdana Menteri berbanding dengan Suruhanjaya DiRaja. Jika pihak pembongkar hanya kadar mengeluarkan satu-dua kenyataan, lalu mengharapkan selesai tugasnya adalah satu kesilapan besar.

Perlu diingatkan, tanpa kesedaran masyarakat dan rakyat, semua regim dan mahazalim dalam dunia ini tidak akan beranjak atau tolah anasur. Perkara yang sama, bekas Perdana Menteri menganjurkan forum antarabangsa mendedahkan kekejian, kekejaman dan kedustaan penguasa Irag menyeksa rakyat Irag awal tahun ini di Kuala Lumpur (rujuk karangan berlainan), tetapi serentak dengan itu PM sendiri juga menangkap ratusan tahan ISA yang diseksa teruk.



Termasuk juga lawatan Perdana Menteri ke BPR minggu ini, laporan dipetik PM menyeru BPR "Keep It Up".



Pada kefahaman saya atas ayat ini mungkin boleh ditafsirkan dari 2 sudut berlainan:

a. "Keep It Up" boleh ditafsirkan sebagai berusaha lebih gigih untuk memperbaiki keadaan (terutamanya menjelang pilihanraya umum sudah dekat) agar BPR menjadi Harimau Yang Berbelang.

b. "Keep It Up' boleh ditafsirkan teruskan keadaan sekarang di mana ikut arahan Bidang Eksekutif bila-bila masa (telah ceritakan di atas BPR disuruh tunduk kepada Panel yang tidak berasaskan perundangan). Jangan pandai-pandai melakukan sesuatu tanpa keizinan daripada eksekutif; atau terus bertindak sebagai "Nelayan Yang Handal Menangkap Ikan Bilis" sahaja.

Apa pula tafsiran anda?

No comments: