Penghayatan Semangat Ramdahan
Saya mempelajar daripada sejarah Islam, bahawa semangat Ramadhan bukan pada luaran tidak memakan pada waktu siang sahaja.
Pada kefahaman saya, sebenarnya semangat Ramadhan membawa erti yang besar dan mendalam kepada warga Muslimin-musliman. Menerusi "Berpuasa", penganut diajak untuk menginsafkan diri agar hindarkan diri daripada terjerumus dengan kegiatan dosa serta mengingati golongan yang susah serta daif.
Sejajar dengan semangat Ramadhan, saya percaya adalah tepat dalam bulan ini semua pemimpin baik pembangkang mahupun kerajaan bertekad:
1. Memerangi segala rasuah dan korupsi yang melingkupkan ribuan juta wang rakyat setiap tahun. Saya tidak pasti sama pihak berkuasa bersikap peluk-tubuh adalah bertentangan dengan semangat Ramadhan?
Bandingkan Laporan Audit Negara dengan Laporan Audit Singapura hanya setebal 59 mukasurat kerana tidak ada tajuk boleh dipertikaikan (rujuk kepada: http://www.ago.gov.sg). Apakah tindakan telah dilakukan oleh kerajaan Islam Malaysia yang merangkap Pengerusi Negara-negara Islam?
2. Semangat Islam adalah untuk manusia sejagat. Ia tidak mebeza-bezakan warna kulit, keturunan, pertuturan bahasa, kebudayaan mahupun negara asal. Atas prinsip ini, demi untuk membuktikan semangat ini wujud, kenapa pihak pemerintah Islam Hadhari tidak mengharamkan semua parti-parti politik perkauman? Apakah kebimbangan mereka sebenarnya?
3. Marilah kita bersama-sama kutuk sebarang kezaliman dan penindasan semasa manusia yang keji dan kejam. Pembunuhan, pemukulan, penangkapan orang awam tidak berdoasa, tidak mengganas, manakala perhimpunan awam juga dilayani seperti musuh peperangan. Contoh yang jelas adalah pembunuhan di Myanmar minggu lalu.
Semalam, banyak ketua-ketua pertubuhan telah pandai membuat SHOW kononnya lantang membantah ini-itu; Tepuk Dada Tanya Selera dahulu ADAKAH KERAJAAN ANDA SENDIRI JUGA BERBUAT DEMIKIAN? Tepuk air kena muka sendiri? Atau hanya untuk mencari publisiti murah?
Tuhan tahu semua ini. Di dunia satu lagi nanti akan dihitung baik-buruk nasib seseorang itu.
No comments:
Post a Comment